Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Keuntungan bersih 2018 Petronas Gas meningkat RM1.81b
  • ACTIVITY

Keuntungan bersih 2018 Petronas Gas meningkat RM1.81b

Helmi Aziz February 18, 2019 2 minutes read
192157.jpg

KUALA LUMPUR – Keuntungan bersih Petronas Gas Bhd bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Disember, 2018, meningkat kepada RM1.81 bilion daripada RM1.79 bilion pada tahun sebelumnya.

Hasil melonjak 12.30 peratus kepada RM5.49 bilion, yang tertinggi dalam sejarah syarikat itu daripada RM4.89 bilion pada tahun kewangan 2017.

“Hasil tinggi itu disumbang oleh kejayaan operasi tahun penuh terminal pengegasan gas asli cecair (LNG) syarikat di Pengerang, Johor. Ini disokong seterusnya oleh hasil tinggi daripada segmen utiliti,” kata syarikat tersebut dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Petronas Gas berkata peningkatan keuntungan itu disokong oleh hasil tinggi yang dicapai tetapi diimbangi oleh kerugian dalam Kimanis Power Sdn Bhd (KPSB) susulan penyahiktirafan aset cukai tertunda (DTA) dan kos kewangan tinggi.

“Penyahiktirafan DTA berjumlah RM124.3 juta (menjadi 60 peratus saham syarikat) berkaitan dengan manfaat cukai tertentu yang kini memiliki had penggunaan tujuh tahun di bawah Akta Kewangan 2018 baharu,” kata syarikat itu.

Petronas Gas berkata kos kewangan tinggi itu adalah disebabkan oleh pengiktirafan perbelanjaan faedah yang dipermodalkan susulan selesai pembinaan terminal pengegasan LNG di terminal di Pengerang.

Mengenai prospek masa depan, syarikat itu berkata kelulusan oleh Suruhanjaya Tenaga bagi tarif pengangkutan gas dan perkhidmatan pengegasan bagi 2019 dijangka membawa kesan kepada segmen pengangkutan dan perniagaan pengegasannya tahun ini.

“Bagaimanapun, kedua-dua segmen itu dijangka terus memberi sumbangan positif kepada pendapatan syarikat.

“Kami juga menjangka segmen pemprosesan gas menyediakan pendapatan yang bertambah baik sejajar dengan caj ganjaran tetap di bawah terma kedua perjanjian pemprosesan gas 20 tahun yang berkuat kuasa dari 2019 sehingga 2023,” kata syarikat itu. – Bernama



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Malindo Air lancar penerbangan ke Hokkaido 23 Mac
Next: Tempat sampah haram jadi kolam air panas terkenal

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.