Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Kestabilan makroekonomi pacu pertumbuhan Malaysia: Penganalisis
  • ACTIVITY

Kestabilan makroekonomi pacu pertumbuhan Malaysia: Penganalisis

Helmi Aziz January 17, 2020 3 minutes read
594107.jpg

KESTABILAN makroekonomi Malaysia akan memacu perkembangan ekonomi Malaysia pada tahun ini dengan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sekitar 4.4 peratus dan 4.9 juga mampu dicapai, kata penganalisis.

Malah, Ketua Pakar Ekonomi IQI Global Shan Saeed turut menjangkakan Malaysia akan terus kekal menjadi tumpuan pelabur global berikutan kedudukan ekonomi yang kukuh serta kepentingannya dalam Inisiatif Belt and Road (BRI).

Atas alasan itu, beliau berkata, ringgit diunjur mengukuh kepada RM3.97 berbanding dolar AS pada tahun ini.

“Ekonomi global dijangka lebih perlahan tahun ini. Namun, di sebalik perkembangan itu, ekonomi Malaysia kekal dilihat lebih berpotensi berikutan produktivitinya yang kukuh,” katanya kepada Bernama.

Mengulas lanjut Shan berkata, kestabilan makroekonomi Malaysia juga berkait rapat dengan kemantapan politik dan ekonomi dan hala tuju dasar.

Beliau turut memuji langkah kerajaan yang menekankan pendekatan berintensifkan teknologi dalam usaha mempertingkat produktiviti menerusi inovasi dan teknologi.

“Kerajaan menyedari hakikat bahawa usaha penerapan dan pelaksanaan teknologi akan melonjakkan pertumbuhan negara serta di peringkat ASEAN. Oleh itu aspek seperti teknologi 5G, kenderaan elektrik (EV) dan kecerdasan buatan (AI) telah dijadikan agenda utama kerajaan pada masa ini.

“Malah, kehadiran syarikat-syarikat teknologi terkemuka China seperti Alibaba dan Huawei di Malaysia juga adalah hasil inisiatif dan galakan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata bagi tempoh 5-10 tahun akan datang, kalangan pekerja yang celik teknologi akan turut memacu trajektori pertumbuhan KDNK bagi kebanyakan negara di peringkat global termasuk Malaysia.

“Berikutan itu, pelaburan perbelanjaan modal yang besar dalam komunikasi seperti 5G, EV dan AI akan dilaksanakan di rantau Asia Pasifik yang turut membawa kepada kadar pertumbuhan lebih tinggi pada tahun-tahun akan datang. Teknologi misalnya adalah pengupaya utama untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang kukuh dalam tempoh 3-5 tahun akan datang,” katanya.

Shan yang berpengalaman luas dalam bidang pasaran kewangan melebihi 19 tahun khususnya perbankan swasta, pengurusan risiko/pematuhan, pelaburan komoditi, jenama dan strategi perniagaan, juga yakin Malaysia terus menjadi tumpuan pelabur global berikutan kedudukan strategik serta peranannya dalam BRI.

“Selat Melaka memberi kelebihan daya saing strategik dari segi kedudukan geografi Malaysia. Pelabur sofistikated dan teliti amat menitikberatkan aspek geografi Malaysia kerana meliputi manfaat seperti kemudahan pelabuhan bertaraf dunia di rantau ini.

“ASEAN memerlukan pelaburan infrastruktur bernilai AS$1.2 trilion yang mempunyai kaitan langsung dengan kadar pertumbuhan KDNK,” katanya.

Menyentuh prestasi ringgit, Shan yakin mata wang tempatan itu akan diniagakan pada paras sekitar 3.7 dan 4.30 berbanding dolar AS dengan unjuran bahawa unit negara maju itu akan terus susut nilai pada 2020 berikutan tempoh pilihan raya di Amerika Syarikat.

“Pihak Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) akan mengurangkan lagi kadar faedahnya menghampiri sifar kerana 2020 merupakan tahun pemilihan (Presiden) dan Presiden Donald Trump dijangka memastikan perkara itu diutamakan oleh Pengerusi Fed, Jerome Powell.

“Mengikut sejarah, presiden-presiden sebelum ini iaitu Richard Nixon and Ronald Reagan pernah melakukan perkara serupa untuk memenangi pemilihan presiden pada 1970-an dan 1980-an. Selain itu, dolar AS juga dilihat ke arah penyusutan dan dinilai rendah berbanding kelompok mata wang lain,” katanya. – Bernama



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Ketahui Al-Malhamah Al-Kubra, antara tanda besar hari kiamat
Next: ‘Wabak di Wuhan, China tidak dilaporkan di Malaysia. Influenza terkawal’

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.