Kempen tidur, kesihatan mental – Sinar Harian

Inspirasi Destinasi Menarik Percutian Impian > Hobi / Sukan > Kempen tidur, kesihatan mental – Sinar Harian

Kempen tidur, kesihatan mental – Sinar Harian

SUMBANGAN sebanyak 200 selimut dan barangan keperluan harian kepada penghuni pusat jagaan warga emas baru-baru ini

SUMBANGAN sebanyak 200 selimut dan barangan keperluan harian kepada penghuni pusat jagaan warga emas baru-baru ini

KEADAAN psikologi dan kesihatan mental lazimnya dipengaruhi oleh gejala kurang tidur.

Golongan yang mengalami masalah kesihatan mental antaranya lebih berkemungkinan dibelenggu masalah kekurangan tidur dan gangguan tidur lain.

Salah satu daripada komuniti paling berdepan masalah itu ialah warga emas yang menghadapi pelbagai isu seperti kesihatan, keterasingan, diabaikan dan seumpamanya menyebabkan sukar menikmati hidup harian seperti tidur nyenyak pada waktu malam.

Prihatin dengan masalah itu, AmLife bertekad membantu masyarakat dan menyebarkan semangat penyayang dan prihatin. Dua program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan bermatlamat meningkatkan tahap kesihatan tidur orang awam dan penghuni pusat jagaan warga emas diadakan.

Menurut Pengasas dan Presiden AmLife, Lew Mun Yee, ini merupakan tahun pertama pihaknya menerajui kempen CSR lengkap dan juga kempen Kesihatan Mental Sedunia dengan tumpuan kepada hubungan antara tidur dan kesihatan mental.

“Selain berkongsi kasih dengan warga emas, kempen ini bertujuan menimbulkan keprihatinan umum terhadap warga emas dan keperluan mereka untuk dijaga dengan baik.

“AmLife memulakan usaha dengan mengunjungi beberapa rumah kebajikan termasuk Persatuan Orang-orang Kurang Upaya dan Terbiar, Lovely Nursing Center dan Pusat Kebajikan dan Jagaan Warga Emas, Rumah Victory Homes baru-baru ini,”katanya dalam kenyataan media.

Pada kempen itu, sebanyak 200 selimut dan barangan keperluan harian lain diagihkan kepada penghuni pusat jagaan warga emas.

Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia pada bulan Oktober, AmLife telah menganjurkan bengkel kesihatan mental dan tidur di seluruh negara di lima lokasi di Malaysia dan di peringkat serantau.

Bengkel-bengkel tersebut telah dikendalikan di restoran supaya mewujudkan persekitaran yang lebih santai dan selesa untuk belajar sambil menikmati makanan dan mendapat kenalan baharu.

Maklumat lanjut, kunjungi www.amlife.com.my.

Sumber