Keistimewaan As Sakeenah Eye Station menarik kehadiran pelanggan

Keistimewaan As Sakeenah Eye Station menarik kehadiran pelanggan

  • April 17, 2019
  • 0 comments

MENAMATKAN pengajian dalam bidang optometri, Mohd Syukri Aminuddin tidak pernah terlintas memiliki perniagaan sendiri.

Ilmu yang dipelajari sepanjang bekerja sebagai pakar optometri di beberapa buah kedai cermin mata di sekitar Lembah Klang, sebenarnya telah membuka jalan kepadanya untuk memulakan bisnes.

“Boleh dikatakan setiap hari ‘boss’ saya akan bercerita tentang perniagaan kedai cermin mata ini. Pahit getirnya, risiko dan keseronokkannya. Dia tidak pernah lokek berkongsi apa sahaja.

“Beliau sendiri bercakap, apabila kita berada dalam bidang profesional seperti ini, jangan selamanya. Sampai bila mahu makan gaji, perlu ada peningkatan, naik pangkat atau sekurang-kurangnya menjadi rakan kongsi perniagaan,” katanya.

Secara tidak sedar, setiap elemen-elemen perniagaan yang diterapkan bekas majikannya, telah menimbulkan minat sehingga beliau membuka perniagaan sendiri, Pusat Optometri & Cermin Mata, As Sakeenah Eye Station.

Menamatkan pengajian pada 2014 di Kampus Sains Kesihatan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UiAM) dan memiliki Ijazah Sarjana Muda Optometri, Mohd Syukri, 30, memulakan kerjaya sebagai ahli optometri di beberapa kedai cermin mata.

Mengakui tugas sebagai pakar optometri dan pernah dilantik sebagai penolong pengurus cawangan, agak memenatkan. Bekerja 12 jam sehari dan perlu berulang alik dari rumah di Telok Panglima Garang ke tempat kerja di Shah Alam.

Namun, lelahnya bekerja, terbalas. Impian yang selama ini terpendam, tercapai tanpa diduga apabila ibunya menawarkan modal permulaan untuk membuka cawangan pertama di Telok Panglima Garang.

Perniagaan yang dimulakan bersama isteri, Nur Amalina Wan A. Latif yang juga ahli optometri, akhirnya berbaloi walaupun ia tidaknya seindah rupa.

Februari 2017, pembukaan cawangan pertamanya. Enam bulan pertama, Mohd Syukri akui, ia terlalu sukar.

“Katanya, tahun pertama perniagaan memang banyak dugaan tidak ada yang indah-indah. Tetapi bagi saya walaupun diduga, sudah alang-alang mula lebih baik teruskan.

“Dan Alhamdullilah. Selepas bertemu seorang kawan yang menjalankan perniagaan sama, beliau banyak memberi tips. Pemasaran secara atas talian inilah turning point saya yang betul-betul mengubah sinar bisnes ini.

“Jika sebelum ini, kami banyak membuat pemasaran secara offline termasuk edar risalah. Kini fokus kami pada pemasaran atas talian. Perubahan yang berlaku amat besar sehingga saya merasakan seolah-olah ‘hidup kembali’,” katanya.

Berkonsepkan terbuka dan santai. Nyata ia menarik kehadiran pelanggan. Bahkan konsep itu lebih berbaloi dan menjimatkan.

Hiasan seperti dalam tanam menenangkan sesiapa sahaja yang memasuki premis ini.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge