Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • KDNK Malaysia dijangka berkembang pada 6.1 peratus tahun ini
  • ACTIVITY

KDNK Malaysia dijangka berkembang pada 6.1 peratus tahun ini

Helmi Aziz February 14, 2022 3 minutes read
1497146.jpg

KUALA LUMPUR – Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia diunjurkan berkembang dengan mencatatkan peningkatan semula sebanyak tiga mata peratusan kepada 6.1 peratus tahun ke tahun pada 2022.

Menurut Public Investment Bank Bhd, unjuran itu akan dipacu oleh keadaan luaran yang menggalakkan dengan pembukaan semula ekonomi sepenuhnya oleh ekonomi utama memberikan rangsangan tambahan kepada momentum pertumbuhan.

Trajektori pertumbuhan juga akan didorong oleh impak lambat daripada perbelanjaan rangsangan fiskal yang besar, disokong oleh persekitaran kadar faedah yang masih akomodatif, jelasnya menerusi nota penyelidikan pada Isnin.

Bank pelaburan itu menambah, dorongan kuat juga diperoleh daripada keputusan berani untuk membuka semula sepenuhnya sempadan antarabangsa, yang akan menjadi faktor penting dalam usaha merancakkan kembali sektor pelancongan yang telah menanggung beban akibat krisis kesihatan sejak dua tahun lalu.

Bagaimanapun, unjuran itu boleh diganggu oleh kemunculan varian Covid-19 yang lebih mudah berjangkit dan mengakibatkan kehilangan produktiviti dan output.

“Cabaran yang berterusan dalam sektor pembuatan seperti kekurangan bahan mentah dan buruh juga boleh menjejaskan pengeluaran,” menurut bank pelaburan itu.

Ia menjelaskan prospek ekonomi dijangka bertambah cerah memandangkan pengurusan ke atas Covid-19 yang lebih baik dan liputan vaksinasi melebihi 90 peratus daripada populasi dewasa.

Mengenai dasar monetari, Public Investment Bank menjangkakan normalisasi kadar faedah yang menjadi penanda aras hanya boleh disaksikan pada separuh kedua 2022, dengan kadar dasar semalaman (OPR) kemungkinan dilaraskan sebanyak 50 mata asas kepada 2.25 peratus.

Indeks harga pengguna diunjurkan kekal stabil pada 2.4 peratus tahun ini, disokong oleh pembukaan semula ekonomi sepenuhnya yang akan mendorong pekerjaan dan gaji, seterusnya, permintaan untuk barangan dan perkhidmatan.

“Faktor tolakan kos seperti harga petrol selain kekurangan bahan mentah dan gangguan rantaian bekalan yang berpanjangan boleh menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan penting dinaikkan,” jelasnya.

Ia menambah, cabaran Covid-19 yang semakin reda dijangka menyokong peningkatan kedudukan imbangan pembayaran kerana sentimen juga akan ditambah baik susulan pengurusan situasi Covid-19 yang lebih kemas.

Sementara itu, penyelidikan CGS-CIMB Securities mengekalkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi 2022 pada 5.6 peratus tahun ke tahun, dengan pertumbuhan suku pertama pada 5.1 peratus

Akaun semasa Malaysia juga diunjurkan mencatatkan lebihan sebanyak 4.9 peratus daripada KDNK pada suku pertama 2022 dan 3.2 peratus bagi setahun penuh.

Ini akan dipacu oleh lebihan barangan yang tinggi berterusan susulan lonjakan harga komoditi dan permintaan luaran yang semakin meningkat, serta disokong oleh peningkatan semula perbelanjaan perjalanan memandangkan sempadan dibuka semula, jelasnya.

Firma pembrokeran itu juga menjelaskan usaha pemulihan selepas banjir juga boleh merangsangkan pertumbuhan pelaburan pada suku pertama tahun ini.

Senada dengan Public Investment Bank, CGS-CIMB turut mengekalkan bahawa bank pusat dijangka menaikkan OPR sebanyak dua kali pada separuh kedua 2022 dengan kenaikan 25 mata asas setiap kalinya. – Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Garang didik anak-anak jadi berdikari, ‘survival’
Next: Tiga syarikat Malaysia meterai MoU RM100 juta di Dubai

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.