Kawal minda bendung nafsu makan

Kawal minda bendung nafsu makan

  • June 28, 2019
  • 0 comments

PENGAMBILAN makanan berlebihan dan tidak seimbang boleh meningkatkan berat badan apatah lagi jika ia tidak disusuli dengan aktiviti kecergasan.

Untuk itu perlu ada cara terbaik untuk mengawal nafsu makan antaranya mengamalkan:

1. Katakan tidak

Cara terbaik untuk mengawal nafsu makan ialah diri sendiri. Anda perlu kuat, komited untuk berkata ‘tidak makan berlebihan’. Minda mengawal tubuh badan, kawal minda anda terhadap nafsu gula dan makanan berlemak serta kolesterol tinggi.

2. Jangan mulakan dengan pencuci mulut

Elakkan pencuci mulut sebagai permulaan hidangan. Mengapa? Ini kerana gula daripada pencuci mulut akan meningkatkan selera anda untuk menikmati lebih banyak makanan. Pilihlah makanan yang seimbang.

3. Air kosong

Air kosong boleh mengurangkan keinginan terhadap makanan dan minuman bergula malah air kosong tidak mengandungi gula serta tidak akan membuatkan berat anda bertambah.

4. Karbohidrat kompleks pilihan diet

Ia membekalkan sumber tenaga dengan perlahan dan dilepaskan secara konsisten. Karbohidrat kompleks memerlukan masa lebih lama untuk menukar karbo kompleks kepada gula contohnya roti gandum. Namun elak pengambilan roti ini secara berlebihan kerana mempunyai kalori lebih tinggi berbanding roti biasa.

5. Jangan lepaskan tekanan pada makanan

Tekanan merupakan faktor penting yang mendorong keinginan atau nafsu anda terhadap makanan. Namun jangan lepaskan tekanan terhadap aiskrim atau coklat, cubalah cari hobi yang positif. Sukan merupakan alternatif terbaik untuk melawan tekanan.

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge