Kadar jangka pendek kekal stabil dengan operasi BNM

Kadar jangka pendek kekal stabil dengan operasi BNM

KADAR jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan RM32.0 bilion dalam sistem konvensional dan RM34.61 bilion dalam dana Islam.

Pada Jumaat, bank pusat akan menjalankan tender pasaran wang konvensional bernilai RM1 bilion selama tujuh hari, serta dua tender repo berbalik, terdiri daripada tender RM500 juta untuk jangka masa 31 hari dan RM100 juta bertempoh 62 hari.

BNM juga akan melaksanakan tiga tender Qard yang terdiri daripada tender RM2.3 bilion selama tujuh hari dan dua tender RM600 juta, masing-masing untuk tempoh 14 dan 21 hari.

Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual beli semula serta kemudahan murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada jam 4 petang, BNM akan mengendalikan sehingga RM30.6 bilion untuk tender semalaman konvensional dan RM30.1 bilion bagi tender semalaman murabahah. – Bernama



Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium

Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Sumber