Kadar jangka pendek kekal stabil dengan operasi BNM

Kadar jangka pendek kekal stabil dengan operasi BNM

KADAR jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan RM43.40 bilion dan RM21.02 bilion dalam dana Islam.

Pada Isnin, bank pusat akan menjalankan dua tender pasaran wang konvensional melibatkan tender RM1.0 bilion selama tujuh hari dan tender RM500 juta bertempoh 14 hari.

Ia juga akan mengendalikan tender Qard RM500 juta untuk jangka masa tujuh hari dan dua tender repo berbalik, iaitu tender RM1.5 bilion (31 hari) dan tender RM500 juta (92 hari).

Sumber