Jungle Gym’s kembali beroperasi, tawar pelbagai promosi istimewa

Jungle Gym’s kembali beroperasi, tawar pelbagai promosi istimewa

  • May 2, 2019
  • 0 comments

PUSAT aktiviti kanak-kanak Jungle Gym’s terus menyajikan pelbagai keseronokan kepada kanak-kanak dengan menyediakan pelbagai aktiviti menarik kepada mereka.

Dalam satu kenyataan, Jungle Gym’s baru-baru ini memberitahu, selepas beberapa bulan menjalani proses baik pulih, Jungle Gym’s yang terletak di Bangsar Shopping Centre, Kuala Lumpur sudah beroperasi semula.

Menurutnya, kini Jungle Gym’s lebih luas iaitu 23,830 kaki persegi dilengkapi edutainment playland yang akan memberikan keselesaan kepada pengunjung.

“Ia termasuklah kolam bola, gelongsor, terowong, trampolis, mini futsal dan padang bola keranjang yang mampu meningkatkan keupayaan kanak-kanak.

“Seksyen itu juga sesuai dijadikan kawasan sambutan hari lahir kanak-kanak mengikut pelbagai tema antaranya Safari, Dinasour, Fairy Tail,” katanya.

Tambahnya lagi, untuk memberikan kemudahan kepada pengunjung terutamanya ibu bapa sementara menunggu anak-anak bermain, mereka boleh menikmati hidangan istimewa Food Tree.

Jungle Gym’s menawarkan diskaun 27 peratus untuk setiap pembelian 20 tiket dan 47 peratus bagi setiap 50 tiket.

Harga yang ditawarkan untuk memasuki pusat tersebut bagi kanak-kanak bawah dua tahun ialah RM25 pada hari biasa dan RM35 pada hari minggu.

Tiket untuk kanak-kanak dan remaja berusia antara dua tahun sehingga 15 tahun pula ialah RM48 pada hari biasa dan RM66 pada hari minggu.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge