Jualan tilam Goodnite Love Series III di Pavilion Bukit Jalil

Inspirasi Destinasi Menarik Percutian Impian > AKTIVITI > Jualan tilam Goodnite Love Series III di Pavilion Bukit Jalil

Jualan tilam Goodnite Love Series III di Pavilion Bukit Jalil

JENAMA dan pengeluar tilam terkemuka Malaysia, Goodnite melancarkan jualan tilam ‘Goodnite Love Series III’ bertempat di lobi pusat Pavilion Bukit Jalil, Centre Court (Tingkat 2) bermula 11 hingga 22 Mei ini.

Goodnite dalam satu kenyataan berkata dalam tempoh itu, setiap pembelian tilam Goodnite Love Series III akan diberikan dua unit bantal Deco Duocare bernilai RM198 secara percuma malah pembelinya turut layak menyertai peraduan beli dan menang Goodnite ‘Magic Bonanza’ yang menawarkan hadiah bernilai sehingga RM120,000.

“Antara hadiah yang ditawarkan termasuklah sebuah Proton X50, jam tangan Rolex dan Iphone13,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, tilam Goodnite Love Series III dilengkapi dengan teknologi anti statik dan teknologi sutera ais yang membolehkan pengguna melepaskan statik berlebihan dalam badan sekaligus menghasilkan kualiti dan mengurangkan keletihan selepas tidur.

“Fabrik sutera ais tilam Goodnite Love Series III diperbuat daripada zarah nano-mika yang dihancurkan daripada jed terpilih, ia turut memberikan pengalaman tidur yang lebih dingin,” kata kenyataan itu.

Selain itu juga, tilam yang diperbuat daripada latex itu dilengkapi dengan gegelung spring yang mampu memberikan sokongan ergonomik untuk pelbagai jenis bentuk badan dan dapat menghindarkan bakteria dan habuk.

Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium

Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Sumber