Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Automotive
  • Johan Lebarkan Sayap Ke Dunia Automotif Hijau Dengan Pembukaan Kedai Motosikal Elektrik GGR
  • Automotive

Johan Lebarkan Sayap Ke Dunia Automotif Hijau Dengan Pembukaan Kedai Motosikal Elektrik GGR

Helmi Aziz October 19, 2025 4 minutes read
IMG_20251018_162711

Pelakon dan juruhebah popular, Johan kini melangkah ke dimensi baharu dalam dunia keusahawanan apabila menceburi bidang jualan motosikal elektrik (EV). Johan atau nama sebenarnya, Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz, 41, menerusi syarikatnya, Hanania Group Sdn. Bhd., sebelum ini telah membuktikan keupayaan dalam dunia perniagaan melalui pembukaan restoran Itik Ke Ayam? Kini, Hanania Group melebarkan sayap dalam bidang automotif hijau melalui kolaborasi dengan GGR Motor dalam usaha mengembangkan pasaran motosikal elektrik di Malaysia.

Kerjasama strategik ini dimeterai menerusi majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara GGR Legacy (M) Sdn. Bhd. (GGR Motor) dan Hanania Group Sdn. Bhd., yang dikenali sebagai GGR x Johan. Ia menandakan permulaan rasmi bagi usaha sama dalam penjualan motosikal EV. Pada masa yang sama, GGR Motor turut menandatangani MoU dengan syarikat luar negara untuk kerjasama eksport motosikal elektrik ke Thailand serta usahasama pengeluaran bersama pengilang di China.

Pusat pameran baharu milik Johan, yang terletak di Melawati Square, Taman Melawati, Kuala Lumpur, dibuka bagi memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat terhadap kenderaan elektrik. Majlis pelancaran kedai tersebut turut diserikan oleh rakan penyampai radio Hot FM merangkap sahabat baiknya, Khairy Jamaluddin, sekali gus menjadi satu kenangan istimewa buat Johan. Dengan pembukaan ini, Johan menjadi artis kedua yang menyertai GGR Motor selepas Farid Kamil pada September lalu.

Menurut Johan, beliau bersemangat untuk mencuba nasib dalam bidang automotif hijau yang sedang berkembang pesat di Malaysia. Katanya, pembukaan pusat pameran ini mencerminkan komitmen untuk terus memperluas perniagaan sambil menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan di seluruh negara. Majlis perasmian turut dihadiri oleh YAM Tengku Syarif Temenggong Perlis, Dato’ Seri Diraja Syed Amir Abidin Jamalullail, Rakan Strategik Professor Dr. Nizar Abd Jalil, serta Pengarah Urusan GGR Motor, Muhammad Musaddiq Mohamed Azmi.

Melalui penandatanganan MoU ini, kedua-dua pihak menjangkakan kerjasama ini bukan sahaja memperkukuh sektor penjualan motosikal elektrik, malah berpotensi membuka peluang pekerjaan kepada lebih 100 orang, khususnya golongan muda. Acara perasmian ini turut membawa simbolik penting terhadap peralihan negara ke arah ekonomi hijau dan mobiliti mapan yang selari dengan dasar pembangunan lestari Malaysia.

Sebagai selebriti berpengaruh, langkah Johan menceburi bidang motosikal elektrik dilihat memberi inspirasi kepada masyarakat bahawa mobiliti hijau bukan lagi pilihan masa depan, tetapi keperluan semasa. Menurutnya lagi, beliau amat bersyukur dengan sambutan positif terhadap pembukaan kedai motosikal EV ini. Motosikal keluaran GGR Motor direka secara praktikal, tahan lasak dan mesra pengguna dengan tiga mod kelajuan fleksibel iaitu 35 km/j, 45–55 km/j, dan maksimum 70 km/j.

Selain itu, bateri motosikal ini boleh dicas penuh dalam tempoh enam jam dan tidak memerlukan servis enjin berkala seperti motosikal konvensional. Komponen utama hanyalah bateri dan pengawal (controller), sekali gus menjadikan kos penyelenggaraan lebih rendah. Alat ganti juga boleh diperoleh dengan mudah di kedai rasmi GGR Motor. PMH Motor sebagai pengedar utama memainkan peranan penting memperluas pasaran serta memastikan perkhidmatan pelanggan terbaik di kawasan utara.

Dari segi penyesuaian, pelanggan boleh memilih pelbagai pakej tambahan termasuk bateri gantian, controller dan aksesori lain seperti lampu, sport rim dan warna pilihan. Motosikal elektrik ini turut dilengkapi waranti sehingga 50,000 kilometer dan syarikat merancang untuk memperkenalkan model baharu dengan ciri moden dalam masa terdekat. Buat masa ini, enam warna ditawarkan iaitu merah, putih, kuning, oren, biru cair dan merah jambu, manakala warna biru dan hijau bakal diperkenalkan tidak lama lagi.

Motosikal elektrik GGR x Johan dijual pada harga asal RM3,999 seunit. Namun dengan rebat RM1,000 daripada GGR Motor, harga mampu milik selepas potongan hanyalah RM2,999. Rebat ini terbuka sehingga Disember 2025 bagi individu berpendapatan tahunan tidak melebihi RM100,000. Proses kelulusan biasanya mengambil masa tiga hingga lima hari dan pembelian mesti dibuat dalam tempoh sebulan selepas kelulusan. Semua motosikal akan didaftarkan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta layak untuk perlindungan insurans.

Menariknya, tiada cukai jalan dikenakan untuk kenderaan elektrik dua roda, menjadikan kos pemilikan lebih berbaloi. Secara keseluruhan, pembukaan pusat pameran GGR x Johan bukan sekadar langkah keusahawanan baharu buat Johan, tetapi juga sokongan terhadap agenda negara mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Langkah ini sekaligus memperkukuh peranan selebriti tempatan dalam memperjuangkan masa depan hijau dan lestari untuk Malaysia.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: vivo Malaysia Unveils V60 Lite 5G First Sales Featuring Free Gifts and Special Rebates Worth Up to RM1,070
Next: Empat Live In Kuala Lumpur 2025: Cinta, Keluarga dan Muzik Disatukan Dalam Malam Bersejarah

Related Stories

Image 2
  • Automotive
  • Business

HONDA MALAYSIA ENHANCES HYBRID OWNERSHIP VALUE WITH A 10-YEAR HYBRID BATTERY WARRANTY

Luqman Hakim May 4, 2026
Photo 1 (1)
  • Automotive
  • Business
  • Fashion
  • News

Drive the All-Electric MINI Paul Smith Edition from RM222,222 – Exclusive Units Now at Auto Bavaria

Allya Adriana April 30, 2026
5. L-R YingTao Hao (Director SVOLT Energy Technology Co. Ltd., Azarol Faizi (CEO Bateriku) (1)
  • Automotive
  • Business & Corporate
  • News
  • Technology

Bateriku & SVOLT Strategic Alliance: Driving Superior After-Sales Care for the Malaysian EV Market

Allya Adriana April 27, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.