Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • JCorp catat perolehan RM5.616 bilion
  • ACTIVITY

JCorp catat perolehan RM5.616 bilion

Helmi Aziz June 17, 2019 2 minutes read
356904.jpeg

JOHOR BAHRU -Johor Corporation (JCorp) mencatatkan perolehan sebanyak RM5.616 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018.

Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim berkata syarikatnya mampu mengekalkan prestasi ketika perniagaan lain sedang berdepan pelbagai cabaran dan keadaan pasaran yang tidak menentu.

“Secara keseluruhan JCorp dan Kumpulan pada tahun 2018 berjaya mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) yang disasarkan walau menghadapi persekitaran sengit dan cabaran dalam sektor-sektor diceburi syarikat Kumpulan.

“Semua divisyen-bisnes Kulim, kesihatan pakar, makanan dan perkhidmatan restoran, hartanah, pembangunan industri, pembangunan bisnes, tanggungjawab korporat, pengurusan sumber manusia kumpulan serta kemajuan ICT kumpulan telah menyumbang dengan cara masing-masing bagi mencapai prestasi ini,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian.

Tahun lalu, Kumpulan JCorp mencatatkan perolehan RM5.616 bilion berbanding RM5.564 bilion pada 2017.

Jumlah aset Kumpulan turut mencatatkan pertumbuhan sepanjang tempoh lima dekad beroperasi dengan aset bernilai RM22.891 bilion pada 2018 berbanding RM21.79 bilion tahun sebelumnya.

Sementara itu, Kamaruzzaman turut memaklumkan pihaknya telah berjaya melunaskan obligasi pembayaran sukuk Wakalah siri kedua berjumlah RM800 juta untuk prinsipal berserta kupon berjumlah RM49.19 juta.

Katanya, penebusan Sukuk Wakalah tersebut adalah sangat signifikan kepada JCorp kerana di bawah Jaminan Kerajaan Persekutuan yang dijamin oleh Kerajaan Johor.

“Bagi tempoh Disember 2012-2019, keseluruhan bayaran sukuk dan yuran jaminan yang berjaya dilunaskan ialah RM1.959 bilion.

“Kami akan sentiasa beriltizam merangka pelbagai inisiatif serta strategi bagi memastikan JCorp terus menjana perolehan dan keuntungan serta aliran tunai yang optimum, termasuk fokus terhadap bisnes-bisnes strategik dan penerokaan bisnes-bisnes baharu,” katanya.

Katanya, kejayaan melunaskan obligasi berlandaskan kepada kesungguhan, nilai kerja berpasukan, keberkesanan perancangan strategik, kekukuhan aset serta kewangan Kumpulan JCorp selain kerjasama erat dengan agensi kerajaan dan pihak berkepentingan.

Bagi tahun 2018, sumbangan cukai Kumpulan JCorp kepada kerajaan berjumlah RM396.64 juta melibatkan RM39.37 juta bagi potongan cukai berjadual (PCB), RM265.11 juta (ansuran CP204), RM57.86 juta (cukai barangan dan perkhidmatan atau GST) dan RM34.30 juta (cukai jualan dan perkhidmatan atau SST).

Angka itu menurun berbanding RM453.69 juta pada 2017 kesan pemansuhan Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan 2014 mulai 1 September 2018.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Pembangunan berorientasikan transit
Next: Westlite peneraju asrama transit berpusat

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.