Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Jana pendapatan dengan cendawan Volverella
  • ACTIVITY

Jana pendapatan dengan cendawan Volverella

Helmi Aziz May 14, 2019 4 minutes read
312019.jpg

SELINSING – Permintaan tinggi di pasaran luar negara terutama negara Asia Timur terhadap tanaman cendawan jenis Volverella mencetuskan idea syarikat bumiputera, SRG Agro Berhad menjalinkan kerjasama pertanian kontrak dengan 2,000 peserta dari seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Shah Radzi, 39, berkata ini kerana cendawan tersebut boleh menghasilkan produk hiliran seperti teh, burger dan perisa makanan berasaskan cendawan itu.

Menurutnya, setakat ini lima negeri iaitu Perak, Johor, Pahang, Negeri Sembilan dan Kelantan membabitkan 2,000 peserta berminat untuk memajukan tanaman itu.

“Kita telah mengumpul peserta dalam tempoh empat bulan dengan penyertaan golongan belia dan warga emas yang mahu mengusahakan tanaman itu.

“Cendawan Volverella adalah jenis cendarawan hibrid dibangunkan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim(Mestecc) yang menggunakan kaedah pembiakan tisu kultur untuk dijadikan benih.

“Cendawan jenis ini mudah ditanam di atas batas dan tandan kelapa sawit kerana kesukaran untuk mendapatkan habuk kayu dan ia mudah membiak dalam tempoh dua minggu bagi mendapatkan hasilnya,” katanya kepada media ketika ditemui pada Program Usahawan Ladang Kontrak di Selinsing dekat sini hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Exco Kemudahan Awam, Infrustruktur, Pertanian dan Perladangan Perak Abdul Yunus Jamhari dan turut dihadiri Pengurus Besar SRG Agro Berhad, Muhammad Muammar Osman.

Shah (tiga, kanan), Muhammad Muammar (kanan) teruja selepas menyempurnakan gimik perasmian program menandatangani memorandum kerjasama di antara usahawan tanaman kontrak dan SRG Agro Berhad di Dewan Seri Selinsing.

Shah (tiga, kanan), Muhammad Muammar (kanan) teruja selepas menyempurnakan gimik perasmian program menandatangani memorandum kerjasama di antara usahawan tanaman kontrak dan SRG Agro Berhad di Dewan Seri Selinsing.

Shah berkata, pihaknya memperuntukkan RM1.5 juta bagi fasa pertama tanaman ini dengan setiap negeri akan membabitkan 400 hingga 500 peserta yang akan menjalankan tanaman itu secara bersama.

Menurut beliau syarikat akan memberikan dana sebanyak RM5,000 untuk setiap peserta menjalani kursus, benih dan tapak bagi mengusahakan tanaman berkenaan membabitkan sembilan fasa.

“Hasil tanaman itu kita akan beli daripada usahawan dengan harga dipersetujui dan usahawan perlu menandatangani perjanjian selama lima tahun dengan kita.

“Usahawan terbabit boleh memperoleh pendapatan RM2,400 sebulan dan mereka tidak dibenarkan menjual cendawan itu kepada orang tengah,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Muammar menegaskan SRG Agro Berhad sedang berusaha mengadakan kerjasama dengan kerajaan negeri dalam mengenal pasti mana-mana tanah kerajaan terbiar untuk dijalankan projek tanaman cendawan Volverella bersama komuniti usahawan tempatan berpotensi.

Menurutnya, sehingga kini, sejumlah 19 lokasi tanah terbiar di Perak sudah dikenal pasti pihaknya untuk dimajukan termasuk sebidang tanah berhadapan projek pembinaan hospital baharu Parit Buntar di Simpang Lima, Parit Buntar.

“Kami mengharapkan kerajaan negeri dapat memberi sokongan padu terhadap usaha ini memandangkan tanaman cendawan volverella adalah tanaman tempoh singkat dan sangat bersesuaian dijalankan di lokasi tanah tidak begitu luas.

“Bila tanaman ini dilaksanakan secara ladang bersepadu, secara tidak langsung ianya boleh menjana ekonomi penduduk setempat menerusi industri agro pelancongan untuk daerah Kerian pada masa hadapan,” katanya.

Shah (enam, kiri) dan Abdul Yunus (tujuh, kiri) bergambar kenangan bersama 80 peserta projek tanaman kontrak cendawan Volverella di daerah Kerian yang bekerjasama dengan SRG Agro Berhad.

Shah (enam, kiri) dan Abdul Yunus (tujuh, kiri) bergambar kenangan bersama 80 peserta projek tanaman kontrak cendawan Volverella di daerah Kerian yang bekerjasama dengan SRG Agro Berhad.

Dalam pada itu, Abdul Yunus sewaktu ditemui menyambut baik usaha SRG Agro Berhad untuk membantu kerajaan negeri memperkasakan industri pertanian negeri Perak, sekaligus menjana peluang pekerjaan lumayan kepada golongan belia dan penduduk luar bandar.

Menurutnya, pihaknya turut menyambut baik saranan kerajaan pusat supaya tanah kerajaan terbiar dibangunkan untuk kegiatan pertanian dan bersedia untuk berbincang lebih lanjut dengan mana-mana pihak yang serius untuk memajukannya demi kepentingan ekonomi rakyat.

Sinar Harian berkesempatan menemubual salah seorang wakil peserta dari Sungai Dua, Butterworth, Abdul Fatah Mahamud, 66, yang menyifatkan inisiatif program pertanian secara kontrak dianjurkan SRG Agro Berhad sangat baik untuk membantu meningkatkan taraf ekonomi penduduk luar bandar sepertinya.

Ketua kampung Simpang Empat Selinsing, Abdul Halil Abu Bakar,48, pula menyifatkan inisiatif penanaman cendawan Volverella ini mampu mengubah nasib penduduk luar bandar menjadi lebih baik kerana bersifat lebih praktikal dan mempunyai ruang pasaran lebih luas.

“Dengan harga pasaran mencecah lebih RM16 sekilogram, cendawan Volverella merupakan satu alternatif kegiatan pertanian terbaik penduduk kampung untuk meraih pendapatan sampingan selain hasil pertanian padi dan kelapa sawit,” katanya.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Hanya guna Huawei P30, tidak perlu DSLR untuk menjadi jurugambar profesional
Next: Mitos kurus ketika berpuasa

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.