Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Jakel hulur bantuan fokus kepada masyarakat dan komuniti setempat
  • ACTIVITY

Jakel hulur bantuan fokus kepada masyarakat dan komuniti setempat

Helmi Aziz May 22, 2019 2 minutes read
1558470396_298947.JPG

JAKEL Mall Kuala Lumpur meneruskan misi tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan memberi tumpuan terhadap masyarakat dan komuniti setempat sempena Ramadan kali ini dengan menganjurkan Majlis Penyampaian Sumbangan Ramadan kepada golongan orang kurang upaya (OKU).

CSR yang dilaksanakan itu adalah bagi meringankan beban penerima dalam memenuhi tuntutan ibadah sepanjang Ramadan dan seterusnya memberi sinar kepada mereka dalam menyambut Syawal.

Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, Jakel telah menceriakan golongan OKU yang hadir dengan pemberian sumbangan baju raya berserta duit raya kepada penerima.

“Bantuan ini juga sebagai tanda keprihatinan Jakel dalam menunaikan tanggungjawabnya kepada masyarakat setempat yang mana Jakel bukan hanya memfokuskan keuntungan semata-mata.

“Jakel berharap agar sumbangan seperti ini sedikit sebanyak dapat membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk menjalani ibadah puasa selain dapat menyambut Aidilfitri dengan suasana yang ceria,” katanya pada Majlis Penyampaian Sumbangan Ramadan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.Majlis itu turut dimeriahkan dengan kemunculan Duta Raya Jakel, Scha Alyahya, Awal Ashaari dan Lara Alana.

Kehadiran keluarga selebriti itu juga bertujuan untuk memperkenalkan koleksi pakaian raya Schawalara 2019 yang boleh didapati di setiap cawangan Jakel di seluruh Malaysia.

Koleksi baju Melayu Awal Ashaari yang sering kali menjadi perhatian telah direvolusikan pada kali ini.

Penambahan kepada perincian turut diberikan apabila ianya mempunyai zip di bahagian sisi tepi baju (pesak) dan juga di kedua-dua belah lengan.

Manakala, koleksi Scha Alyahya juga diberikan sentuhan eksklusif, dengan menekankan motif rekaan dan warna. Koleksi keluarga ini dilengkapkan dengan koleksi Lara Alana, apabila ianya direka bersesuaian dengan padanan si ibu.

Penampilan pasangan selebriti ini juga turut menggamit suasana di Jakel apabila mereka berdua membuat aktiviti lelongan koleksi pakaian mereka.

Katanya, bersempena Jualan Hebat Aidilfitri yang berlangsung bermula 27 April sehingga malam raya, Jakel menawarkan potongan harga yang istimewa.

“Memeriahkan lagi kempen raya, Jakel Mall KL juga bakal menganjurkan majlis sembang santai bersama Duta Raya Jakel yang lain pada Sabtu 4 Mei 2019 dan Ahad 5 Mei 2019 di Jakel Shah Alam,” katanya.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Ramadan bulan sesuai mula berhenti merokok
Next: Sniker RS-X Puma edisi khas

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.