Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Industri halal sektor strategik berimpak tinggi
  • ACTIVITY

Industri halal sektor strategik berimpak tinggi

Helmi Aziz February 22, 2022 2 minutes read
1505928.jpg

KUALA LUMPUR- Industri halal yang telah dikenal pasti sebagai sektor strategik dan berimpak tinggi di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) akan meningkatkan kapasiti dan keupayaan Malaysia dalam meningkatkan pembangunan tenaga kerja halal, memacu pembangunan industri termasuk penyertaan Bumiputera, meningkatkan daya saing produk dan menjadikan Malaysia sebagai hab halal global.

Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, beliau yakin strategi yang digariskan di bawah pelan itu akan membuka pintu masuk kepada peluang tanpa sempadan terutamanya untuk memanfaatkan keupayaan keusahawanan golongan belia.

“Pelan Induk Industri Halal 2030 dan Platform Bersepadu Halal akan memainkan peranan penting dalam menyediakan jambatan antara usahawan dan pihak berkepentingan industri, menyatukan mereka di bawah satu ekosistem halal, memberi tumpuan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS),” katanya pada Anugerah Kecemerlangan Halal Dunia 2021 di sini.

Oleh itu, Mohamed Azmin menggesa PMKS untuk memanfaatkan kemudahan kewangan Islam melalui platform pendigitalan yang menawarkan produk dan perkhidmatan patuh syariah yang inovatif untuk membantu mengatasi kekangan aliran tunai.

Ini termasuk mengkaji teknologi blockchain yang telah memberi impak besar terhadap kebimbangan mengenai mengekalkan integriti produk makanan halal dengan membolehkan kebolehkesanan yang berkesan dalam rantaian bekalan makanan.

“Saya menggesa pemain industri untuk menghasilkan lebih banyak penawaran yang kreatif dalam strategi pembangunan produk dan pasaran mereka dengan menggabungkan kaedah teknologi terkini dan memanfaatkan trajektori transformasi digital kami,” katanya.

Mohamed Azmin berkata satu lagi sektor penting apabila industri halal boleh terus memacu sempadan teknologi ialah dalam penjagaan kesihatan, dan usaha yang lebih baik boleh dibuat secara menyeluruh dalam membangunkan alternatif halal dalam industri ini.

Beliau berkata penting bagi Malaysia merealisasikan kekuatannya sebagai perintis dan penggerak pertama dalam membangunkan industri halal, mengekalkan kedudukan utama dalam Petunjuk Ekonomi Islam Global selama lapan tahun berturut-turut.

“Sehubungan itu, piawaian farmaseutikal halal kita yang telah mendapat penerimaan sejagat perlu diperkukuh terutamanya dengan tumpuan yang tinggi untuk meningkatkan kesihatan dan imuniti selepas pandemik, menyemarakkan permintaan untuk nutraseutikal baharu yang diperakui halal, daripada vitamin kepada makanan tambahan kesihatan dan peranti perubatan,” katanya.

Pada acara itu, antara pemenang ialah Bank Islam Malaysia Bhd dan United Overseas Bank Malaysia Bhd, masing-masing dianugerahkan Anugerah Kecemerlangan Kewangan Halal untuk institusi kewangan tempatan dan antarabangsa.

Omni Mal Agencies Sdn Bhd pula menerima Anugerah Kecemerlangan PKS Usahawan Terbaik Halal kerana menunjukkan daya tahan perniagaan dan kemampanan kewangan melalui perancangan strategik dan taktikal. – Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: TM sertai konsortium bina sistem kabel bawah laut merentas benua
Next: Banat Sandwich tawar produk premium

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.