IMF: KDNK Malaysia dijangka meningkat 4.3 peratus pada 2024

IMF: KDNK Malaysia dijangka meningkat 4.3 peratus pada 2024

Malaysia mengamalkan ekonomi yang sangat terbuka, terutamanya dalam eksport produk elektrik dan elektronik. - Gambar hiasan

Malaysia mengamalkan ekonomi yang sangat terbuka, terutamanya dalam eksport produk elektrik dan elektronik. – Gambar hiasan

Singapura – Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia dijangka berkembang 4.3 peratus pada 2024, meningkat daripada pertumbuhan 4.0 peratus yang diunjurkan untuk 2023.

Ini terutamanya didorong oleh permintaan eksport global yang lebih tinggi, khususnya daripada sektor teknologi, demikian menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Ketua Bahagian Kajian Serantau Asia Pasifik IMF Shanaka (Jay) Peiris berkata, Malaysia adalah ekonomi yang sangat terbuka, terutamanya dalam eksport produk elektrik dan elektronik (E&E).

“Kami menjangkakan ekonomi global dan permintaan eksport akan pulih secara berperingkat, terutamanya untuk sektor teknologi yang juga akan turut meningkat tahun depan, dan ini akan menambah kepada tiga (peratus) atau lebih tinggi pertumbuhan yang kita ada di Malaysia menjelang tahun depan,” katanya.

Sumber