Hexagon lancar HxGN Mould and Die tingkat kecekapan industri pembuatan

Hexagon lancar HxGN Mould and Die tingkat kecekapan industri pembuatan

Teknologi HxGN Mould and Die Suites bantu meningkatkan kecekapan industri.

Teknologi HxGN Mould and Die Suites bantu meningkatkan kecekapan industri.

BAHAGIAN Kepintaran Hexagon melancarkan teknologi HxGN Mould and Die Suite iaitu alat khusus membentuk acuan khas bagi meningkatkan kecekapan industri pembuatan automotif termasuk aeroangkasa menggunakan reka bentuk bantuan komputer (CAD) serta pembuatan bantuan komputer (CAM).

Pengurus Besar Perisian Pengeluarannya, Chuck Mathews berkata, teknologi tersebut berupaya membentuk acuan suntikan plastik, penyediaan pembuatan dan pengaturcaraan alat mesin kod berangka komputer (CNC).

Menurutnya, pengeluar akan lebih memahami pelaksanaan dan kod proses membuat acuan menerusi maklumat yang diperoleh daripada suite tersebut.

“Kami menggunakan semua yang kami ketahui tentang pembuatan HxGN Mould and Die, termasuk teknologi Hexagon untuk membina suite khusus bagi memperkasakan acuan mahupun cetakan dalam pelbagai saiz agar mendapatkan hasil terbaik lebih cepat.

Sumber