Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • ‘Harap jadi pemangkin kepada usahawan lain’ – Kevin
  • ACTIVITY

‘Harap jadi pemangkin kepada usahawan lain’ – Kevin

Helmi Aziz March 2, 2023 2 minutes read
2104736.jpeg

Oleh NAZRIN ZULKAFLI, MUKHRIZ MAT HUSIN & NUR IFTITAH ROZLAN24 Februari 2023 07:50amMasa membaca: 4 minit

Kevin Zahri (kanan) ketika menerima anugerah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Grup Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin. - Foto Sinar Harian

Kevin Zahri (kanan) ketika menerima anugerah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Grup Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin. – Foto Sinar Harian

KETUA Pegawai Eksekutif KZ Sdn Bhd dan Pengasas Bukan Soal Kurus Kevin Zahri menyifatkan pengiktirafan beliau dalam Bisnes Sinar Harian Awards (BISA) sebagai pemangkin kepada usahawan lain untuk terus berkembang.

Beliau yang merupakan penerima Anugerah Usahawan Selebriti Kesihatan 2023 berkata, meskipun perniagaan yang dibangunkan secara kecil-kecilan, ia tidak bermakna seseorang tersebut tidak boleh mencapai kejayaan.

“Semua pemenang disini mewakili industri yang berbeza. Semoga kemenangan saya ini berikan semangat kepada usahawan dalam bidang sama bersaing sesama sendiri untuk berjaya satu hari nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penganugerahan Bisnes Sinar Harian Awards (BISA) di sini pada Khamis.

BISA merupakan satu pengiktirafan yang diberikan kepada golongan usahawan dan syarikat yang telah berjaya memberikan impak besar kepada pemerkasaan dan kemampanan ekonomi negara.

Penganugerahan itu merangkumi pelbagai sektor perniagaan seperti perkhidmatan, peruncitan, kepenggunaan, pendidikan, teknologi, kreativiti, inovasi produk dan banyak lagi.

Lebih 30 pemenang BISA yang terdiri daripada usahawan tempatan diumumkan pada malam gala penganugerahan di DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City pada Khamis.

Menurut Kevin, anugerah tersebut adalah sangat bermakna bagi diri beliau dan rakan usahawannya yang telah bersusah payah membangunkannya.

“Sangat-sangat berasa bersyukur sebab saya berusaha dalam bidang ini pun sudah lama. Jadi, ia sangat dihargai apabila dapat penghargaan daripada media lagi-lagi Sinar Harian,” ujarnya.

Mengulas mengenai perancangan pada masa akan datang, beliau berkata, ketika ini syarikatnya sedang memasarkan Kempen Kurus Raya.

“Ia bertujuan untuk membimbing peserta dalam alam maya. Ia merupakan program 60 hari untuk mengurangkan berat badan bagi berdepan dengan Hari Raya Aidilfitri nanti,” jelasnya.

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Seminar kenali tekstur daging – Sinar Harian
Next: Tip penjagaan wajah lelaki – Sinar Harian

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.