Hanya seminit untuk pindah 500 gambar

Hanya seminit untuk pindah 500 gambar

  • April 5, 2019
  • 0 comments

JIKA sebelum ini Huawei telah melancarkan telefon pintar Huawei P30 Series pada 26 Mac lalu, kali ini syarikat terkemuka itu memperkenalkan Huawei MateBook 13.

Ultrabook dengan reka bentuk menarik dan elegan itu akan berada di pasaran Malaysia pada 6 April ini.

Komputer riba ini mampu mengubah gaya hidup seseorang dengan inovasi terkini yang dicipta untuk membantu menjadikan hidup lebih mudah.

Dengan teknologi Huawei Share 3.0 yang luar biasa iaitu One Tap to Share mampu menyelesaikan cabaran yang dihadapi oleh pengguna apabila memindahkan fail antara peranti Windows dan Android.

Huawei MateBook 13 akan menjadi rakan kongsi terbaik untuk Huawei P30 atau siri Mate 20.

Walaupun Huawei P30 Pro dilengkapi dengan ciri zoom 50x, Matebook13 “One Tap to Share” membolehkan pengguna untuk memindahkan 500 foto dalam masa satu minit dari telefon anda ke komputer riba secara wayarles.

Peranti yang menampilkan rekaan nipis dan premium ini dilengkapi paparan 13 inci disertai dengan skrin resolusi 2K dan kebolehan titik sentuhan pasti menarik minat orang ramai.

Bagaimana menggunakan Huawei dengan One Tap to Share

Bagi perkongsian Foto atau video, anda hanya perlu menghidupkan ikon kongsi dan NFC Huawei.

Pilih sebarang fail, dokumen atau gambar dari telefon dan sentuh telefon dengan lembut ke komputer riba dan fail akan dipindahkan secara automatik ke komputeri riba.

Bagi perkongsian Clipboard, anda perlu menghidupkan ikon bluetooth dan NFC. Pilih dan salin teks untuk dikongsi dari telefon anda sebelum memasukkan perkataan yang diingini di komputer riba.

Buat rakaman skrin pula, anda perlu menghidupkan ikon Huawei Share dan NFC.

Goncangkan telefon secara lembut sebelum menyentuhnya ke komputer riba.

Telefon akan secara automatik menyiarkan rakaman video yang bermain di komputer riba.

Manfaatkan teknologi Sentuh Berkongsi

Huawei MateBook 13 menjadikan perkongsian lebih mudah antara peranti PC dan telefon pintar.

Kini anda boleh memindahkan fail, merakam skrin PC dan menyalin teks dari peranti ke peranti dengan mudah dan cepat.

Apa yang menarik, Huawei MateBook 13 melangkaui peranti lain di mana fungsinya lebih berkuasa, mempunyai kelas tersendiri dan bersifat mudah alih untuk semua peranti.

Huawei Matebook 13 ini ditawarkan dengan harga RM3,999 bagi model i5/8G/256G/NVIDIA dan RM4,399 bagi model i7/8G/512G/NVIDIA.

Pelanggan yang berminat perlu segera membuat tempahan sebelum berakhir Sabtu ini.

Setiap pembelian melayakan pembeli untuk membawa pulang hadiah percuma seperti Huawei Pack Bag, Huawei Bluetooth Mouse dan satu tahun langganan Microsoft Office 365.

Tempahan awal boleh dibuat dimana-mana cawangan Huawei atau log masuk ke shop.huawei.com/my untuk menjadi salah satu rakyat Malaysia yang bertuah memiliki MateBook 13.

Tempahan awal boleh dibuat dimana-mana cawangan Huawei

Tempahan awal boleh dibuat dimana-mana cawangan Huawei

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web http://consumer.huawei.com atau facebook rasmi Huawei di www.facebook.com/HuaweiMobileMY



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge