Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Haier optimis jualan produk baharunya meningkat
  • ACTIVITY

Haier optimis jualan produk baharunya meningkat

Helmi Aziz April 19, 2019 2 minutes read
272614.jpeg

SYARIKAT pengeluar barangan dan kelengkapan elektrik, Haier optimis sasaran pertumbuhan jualan sehingga 50 peratus akan dapat dicapai pada tahun ini. Ia dipacu dengan pengenalan tujuh produk baharu Haier dan penganjuran Jelajah Kembara Serantau Haier.

Pengarah Urusan Haier Malaysia, Shi Zhiyuan berkata, tahun lepas, pihaknya berjaya mencatatkan jualan sebanyak RM180 juta dan kami yakin dengan pengenalan beberapa produk perkakasan rumah kepada pengguna, ia dapat meningkatkan lagi jualan tahun ini.

Beliau berkata, Haier akan terus membuat pembaharuan dan berkhidmat untuk memberikan pengguna kepelbagaian dalam perkakas rumah yang lebih baik untuk meningkatkan pengalaman dan gaya hidup mereka.

Katanya, industri perkakas rumah sedunia sedang memasuki zaman baharu iaitu ‘Rumah Pintar’, Haier turut menawarkan kepada pelanggan pelbagai barangan luar biasa seiring zaman digital ini.

“Kami mahu produk kami bukan sahaja menjadi peralatan rumah yang biasa tetapi memberi kepuasan kepada pengguna,” katanya pada Pelancaran Jelajah Kembara Serantau Haier di Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Tujuh produk baharu Haier yang akan dipamerkan di Jelajah Kembara Serantau Haier ialah peti sejuk, icebar, penyejuk beku, mesin basuh, penghawa dingin, televisyen dan peralatan dapur.

Sementara itu, mengulas mengenai Jelajah Kembara Serantau Haier, Zhiyuan berkata, menerusi pameran barangan dan kelengkapan elektrik yang pertama kali dianjurkan tahun ini pengguna akan merasai pengalaman yang lebih baik dalam kehidupan seharian menerusi produk baharu diperkenalkan.

“Jelajah kembara ini akan diadakan di tiga lokasi utama di seluruh negara bermula di Kuala Lumpur dan diikuti Johor Bahru serta Pulau Pinang,” katanya.

Di samping itu, katanya, Haier turut mempertingkatkan talian Careline Perkhidmatan Pelanggan 24/7.

“Kami berasa bangga untuk mengatakan bahawa Haier ialah jenama peralatan rumah yang pertama mempunyai Careline Perkhidmatan Pelanggan 24/7 dan berkeyakinan akan dapat mencatat perningkatan dari segi jumlah pelanggan,” katanya.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: MOVENPICK HOTEL AND CONVENTION CENTRE KLIA
Next: Sebelum orang menjauhi kita baik cepat-cepat atasi bau badan

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.