Guardian berwajah baharu, tawar promosi hebat

Guardian berwajah baharu, tawar promosi hebat

GUARDIAN Malaysia (Guardian) melancarkan stornya berwajah baharu dan promosi hebat Tahun Baharu Cina, ‘Leap into Prosperity’ atau ‘Melompat Ke Arah Kemakmuran’ yang membolehkan pelanggannya berjimat sehingga 50 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif Kesihatan dan Kecantikan Guardian Asia Tenggara, Soren Lauridsen berkata, Guardian Malaysia memberikan pengalaman membeli-belah kepada pelanggan dengan memperkenalkan stor Guardian berwajah baharu serba moden yang menawarkan produk kesihatan dan kecantikan terbaik dalam pasaran pada nilai terbaik untuk semua pelanggan.

“Penampilan baharu stor kami mewakili pendekatan baharu dalam reka bentuk kedai dan visual dalam kedai. Ia menyerlahkan tenaga aktif yang padu dan daya hidup warna oren Guardian kami.

“Konsep reka bentuk baharu dan fleksibel ini membolehkan ia digunapakai di stor-stor kami bergantung kepada lokasi dan saiz lantai mereka.

“Gelombang warna baharu dan visual aktif menarik perhatian pelanggan kami dan penggunaan material yang lebih mesra dan lembut memberikan tenaga vitaliti yang kami inginkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Pengarah Operasi Guardian, Chong Li Ling (kiri) memberikan penerangan kepada Soren Lauridsen (kanan) mengenai stor Guardian yang berwajah baharu.

Pengarah Operasi Guardian, Chong Li Ling (kiri) memberikan penerangan kepada Soren Lauridsen (kanan) mengenai stor Guardian yang berwajah baharu.

Beliau berkata, buat masa ini reka bentuk baharu itu dilancarkan di tiga buah stornya iaitu di pusat membeli-belah 1 Utama, Aeon Metro Prima Kepong dan Jalan Cecawi, Kota Damansara.

“Ketiga-tiga stor itu mewakili jenis stor yang berbeza dan transformasi untuk stor yang lain akan menyusul dalam beberapa minggu akan datang,” katanya.

Mengulas mengenai sambutan Tahun Baharu Cina, Soren Lauridsen berkata, bagi menyambut Tahun Arnab, promosi ‘Leap into Prosperity’ menjanjikan koleksi tawaran istimewa yang menawarkan nilai hebat untuk pelanggannya.

“Promosi ‘Leap into Prosperity’ Guardian membolehkan pelanggan Guardian berjimat sehingga 50 peratus untuk produk kesihatan dan kecantikan serta pelbagai tawaran hadiah eksklusif menarik khas untuk pelanggan.

“Antaranya ialah percuma bagasi mini bergaya dengan pembelian RM128 dan ke atas mana-mana produk kecantikan termasuk penjagaan kulit, penjagaan kulit dermo, kosmetik, aksesori kecantikan dan wangian daripada jenama yang mengambil bahagian,” katanya.

Beliau berkata, Guardian Malaysia juga turut memberikan percuma mangkuk tingkat dengan pembelian RM128 dan ke atas mana-mana produk penjagaan diri daripada jenama yang mengambil bahagian dalam satu resit.

Beliau berkata, Guardian Malaysia juga akan memperkenalkan produk dan jenama baharu untuk penjagaan diri, kosmetik oleh lilybred, Barenbliss, dan Beauty of Majesty.

“Produk penjagaan kulit pula oleh Evoluderm dan Boost Lab manakala produk penjagaan kesihatan oleh Organicule, Toujours Advanced Kids dan Bio-Grow. Produk jenama sendiri Guardian mempunyai lebih daripada 12 produk baharu,” katanya.

Sumber