GoodKredit lancar aplikasi mudah alih pinjaman mikro automasi

GoodKredit lancar aplikasi mudah alih pinjaman mikro automasi

PENYEDIA perkhidmatan pinjaman mikro jangka pendek, GoodKredit Malaysia (GoodKredit) melancarkan aplikasi mudah alih pinjaman mikro automasi yang pertama, di Damansara baru-baru ini.

Melalui aplikasi itu, pemohon hanya perlu memuat turun aplikasi GoodKredit dan mengisi semua maklumat serta dokumen yang diperlukan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Cheok Tuan Oon berkata, GoodKredit diwujudkan untuk menyediakan pinjaman yang lebih cekap dan berskala kepada mereka yang menghadapi masalah kewangan tidak diduga dan tanpa akses kepada sistem kewangan tradisional.

“Bantuan kewangan ini ditawarkan kepada masyarakat yang kurang mendapat perkhidmatan kewangan dengan pantas selain untuk memenuhi keperluan pada waktu kecemasan mereka,” katanya pada Majlis Pelancaran Aplikasi Mudah Alih Pinjaman Mikro Automasi, di Damansara baru-baru ini .

Tambahnya, dengan kerjasama CTOS Data Systems Sdn Bhd (CTOS), keputusan permohonan pinjaman boleh diketahui dalam tempoh 30 minit.

“Pinjaman akan disalurkan dalam tempoh satu hari bekerja, sekiranya permohonan diluluskan.

“GoodKredit menawarkan pinjaman mikro antara RM1,000 hingga RM10,000 dengan tempoh bayaran balik selama enam, sembilan atau 12 bulan dengan Kadar Peratusan Tahunan (APR) sebanyak 18 peratus, tanpa cagaran atau penjamin,” katanya.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *