Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Gerai Buah-Buahan Segar FAMA catat jualan RM123.8 juta
  • ACTIVITY

Gerai Buah-Buahan Segar FAMA catat jualan RM123.8 juta

Helmi Aziz March 19, 2019 2 minutes read
230071.jpeg

TELUK INTAN – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) berjaya mencatatkan nilai jualan sebanyak RM123.8 juta melibatkan 339 Gerai Buah-Buahan Segar (GBBS) seluruh negara sepanjang tahun lalu.

Pengerusinya Ishak Ismail berkata, ekoran daripada kejayaan berkenaan FAMA menyasarkan RM150 juta nilai jualan GBBS bagi tahun ini dalam memastikan pendapatan petani serta penjual ditingkatkan.

“GBBS diperkenalkan oleh pihak FAMA bagi mengatasi masalah lambakan buah-buahan terutamanya pada musim kemuncak seterusnya meningkatkan nilai pendapatan usahawan tempatan.

“Kalau kita lihat dari segi pendapatan usahawan GBBS ini berlaku peningkatan pendapatan antara 18 hingga 33 peratus dan ada di antara mereka yang telah mencapai peningkatan pendapatan sehingga 125 peratus apabila mengusahakan gerai berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke GBBS Teluk Intan di sini hari ini.

Tambahnya lagi, pihaknya yakin GBBS mampu meningkatkan nilai jualan dan pendapatan usahawan melalui konsep keseragaman dan kebersihan kedai yang telah ditetapkan oleh FAMA.

Sementara itu, Ishak berkata FAMA akan melancarkan 14 ‘signature’ produk tempatan menggunakan jenama Juara yang akan diketengahkan ke seluruh negara sehingga ke peringkat antarabangsa yang bakal dilancarkan pertengahan tahun ini.

“Daripada 14 produk tersebut dua daripadanya adalah daripada Perak iaitu pertama Rendang Tok yang mempunyai permintaan tinggi serta berpotensi untuk dikembangkan ke pasaran tempatan serta antarabangsa.

“Produk kedua pula adalah biskut kelapa yang menjadi tarikan utama negeri ini apatah lagi Perak terkenal sebagai antara negeri yang mempunyai tanaman kelapa seperti di Bagan Datuk,” katanya.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Jangan sesekali mencela penyakit yang kita hadapi
Next: Bursa Malaysia dibuka tinggi dua hari berturut-turut

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.