FMM gesa cukai perkhidmatan bagi perkhidmatan logistik ditangguh

Soh Thian Lai. Foto Bernama

Soh Thian Lai. Foto Bernama

PERSEKUTUAN Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) menggesa agar cukai perkhidmatan bagi perkhidmatan logistik ditangguhkan dahulu sementara menunggu kajian selanjutnya untuk mengurangkan impak ke atas pengeluar dan orang ramai.

Presiden FMM, Tan Sri Soh Thian Lai berkata, persatuan itu mengambil kira kebimbangan terhadap kenaikan cukai perkhidmatan terutamanya ke atas perkhidmatan logistik yang membebankan kerana ia akan memberi kesan terhadap semua perkhidmatan di sepanjang rantaian bekalan logistik.

Belanjawan 2024 mengumumkan kenaikan kadar cukai perkhidmatan daripada enam peratus kepada lapan peratus bagi perkhidmatan bercukai (tidak termasuk perkhidmatan penyediaan makanan dan minuman, telekomunikasi dan tempat letak kereta) dan pengembangan skop memasukkan perkhidmatan logistik (selain ejen penghantaran, kurier, pengangkutan udara dan pergudangan) pada kadar enam peratus berkuat kuasa 1 Mac 2024.

“Kami memahami bahawa Kementerian Kewangan (MoF) sedang menimbang untuk memberikan pengecualian cukai perniagaan kepada perniagaan (B2B) kepada penyedia perkhidmatan yang menyediakan perkhidmatan logistik yang serupa untuk memastikan tiada cukai dikenakan sesama mereka tetapi hanya kepada pengguna akhir,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sumber