Blood Brothers: Bara Naga, filem aksi epik tempatan yang penuh dengan emosi mendalam dan ledakan visual, kini mencetuskan fenomena luar biasa di pawagam seluruh Malaysia! Menggabungkan dua nama besar dalam dunia pengarahan, Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra, filem ini merupakan sebuah naskhah kolaboratif yang memberi impak besar.
Sejak tayangan awal dan rasmi bermula 8 April lalu, Blood Brothers: Bara Naga berjaya meraih kutipan mengejutkan sebanyak RM9.2 juta hanya dalam tempoh dua hari, menjadikannya antara filem tempatan dengan pembukaan paling memberangsangkan tahun ini.
Filem ini ditayangkan di 170 pawagam seluruh negara, termasuk kawasan dengan capaian tontonan tertinggi seperti Selangor, Johor, Kedah, Pahang, dan Terengganu. Ia bukan sahaja membuktikan sambutan luar biasa terhadap filem aksi tempatan, malah mengukuhkan keyakinan bahawa karya penuh aksi, emosi dan nilai persaudaraan masih kuat di hati penonton Malaysia.
Reaksi peminat dan pengulas filem di media sosial turut meletakkan Blood Brothers: Bara Naga dalam kelas tersendiri. Ramai memuji kualiti produksi, jalan cerita yang menyentuh jiwa dan babak aksi yang kemas serta brutal.
Menurut Hadam Project, salah satu filem tempatan yang paling dinantikan tahun ini dan mungkin filem aksi tempatan yang paling mengagumkan dari segi visual yang pernah dihasilkan.
Pengulas dari Suka Filem pula menyatakan, Blood Brothers bukan sekadar filem, tapi satu ledakan emosi dan aksi yang tak beri peluang untuk bernafas.
Pengulas terkenal Abang Riak turut menyifatkan filem ini sebagai karya terbaik Syafiq Yusof setakat ini, menyentuh aspek aksi, skrip, teknikal dan visual yang hampir sempurna. Babak pertarungan memang bertaraf antarabangsa. Brutal, kemas, dan penuh impak. Memang lain macam, katanya.
Turut kagum, pelakon popular Fikry Ibrahim yang memuji keserasian barisan pelakon utama seperti Syukri Yahaya, Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle dan Kamarul Eqifshah (Kepeng). Katanya, lakonan mereka smooth dan seimbang. Semua hidupkan watak dengan begitu natural.
Blood Brothers: Bara Naga kini sedang ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia. Jangan lepaskan peluang menyaksikan sendiri filem aksi yang mengubah landskap filem tempatan penuh ketegangan, emosi dan visual memukau!
Ikuti perkembangan terkini dan kandungan eksklusif filem ini di Facebook, Instagram, Twitter dan YouTube rasmi Primeworks Studios.