Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Feizal Mustapha Pengerusi Exim Bank baharu
  • ACTIVITY

Feizal Mustapha Pengerusi Exim Bank baharu

Helmi Aziz April 20, 2019 2 minutes read
266843.jpg

KUALA LUMPUR – Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) telah melantik Datuk Feizal Mustapha sebagai pengerusi baharunya, berkuat kuasa 9 April.

Beliau menggantikan Datuk Mat Noor Nawi yang telah bersara pada 30 September 2018, kata EXIM Bank dalam satu kenyataan.

Berbekalkan pengalaman yang luas dalam kewangan korporat dan bidang penasihatan, Feizal dijangka akan meneruskan lagi usaha bagi memacu bank ke tahap yang lebih tinggi.

Beliau mempunyai pengalaman selama 25 tahun dalam pasaran modal negara, meliputi pelbagai aspek pengurusan dan disebabkan peranan kepimpinannya, beliau sering tampil sebagai penceramah tersohor dalam topik-topik mengenai pasaran domestik dan antarabangsa.

Feizal pernah berkhidmat dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia selama 19 tahun dalam pelbagai kapasiti serta bidang tertentu dalam pasaran modal yang merangkumi pengawalseliaan dan pembangunan pasaran secara keseluruhan.

Beliau menyertai BDO Malaysia pada 2012 sebagai pengarah eksekutif, penasihat serta menjadi pengerusi pada 2015 sehingga baru-baru ini.

Sekarang ini, Feizal merupakan pengarah firma tersebut dan telah dilantik ke dalam Lembaga Pengarah Widad Group Bhd sebagai pengerusi.

Beliau memegang Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) daripada Cardiff Business School, Cardiff University dan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Ekonomi) daripada University of Stirling.

Beliau juga adalah ahli felow CPA Australia dan anggota Institut Perakaunan Malaysia, Persatuan Pengamal Insolvensi Malaysia, penilai bertauliah dan pentaksir Institut Penilai dan Pentaksir, Singapura serta sebagai anggota Jawatankuasa Penyenaraian Bursa Malaysia. – Bernama



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Panduan penjagaan tiub nasogastrik
Next: Tak mau perut buncit lagi, ini petuanya.

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.