Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Fama sasar RM400,000 My Best Buy
  • ACTIVITY

Fama sasar RM400,000 My Best Buy

Helmi Aziz February 26, 2019 2 minutes read
201962.jpg

MELAKA TENGAH – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) negeri menyasarkan peningkatan hasil jualan My Best Buy tahun ini sebanyak RM400,000 berbanding RM371,477 pada tahun lalu.

Pengarahnya, Che Samudin Hassan, berkata, peningkatan kira-kira 20 peratus itu dijangka dapat dicapai dengan penambahan bilangan penganjuran daripada 58 kali pada tahun lalu kepada 60 kali dengan melibatkan beberapa lokasi tumpuan ramai selain lokasi tetap seperti UTC Melaka, Wisma Negeri, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu, UiTM Jasin dan UiTM Bandaraya.

Menurutnya, setakat ini terdapat 60 peserta program itu dan dalam tempoh bermula hingga Februari ini My Best Buy Melaka berjaya mencatatkan nilai jualan RM70,000 dengan mengadakan pelbagai program yang sentiasa mendapat sambutan daripada pengguna.

Katanya, usaha berterusan ini bukan sahaja membudayakan bidang keusahawanan dengan melibatkan 80 peratus usahawan dari negeri ini sekali gus dapat mempromosikan produk Industri Kecil Sederhana (IKS), hasil-hasil pertanian, makanan popular dan keunikan negeri kepada pengunjung luar serta pelbagai aktiviti menarik yang disusun.

“Kita akan terus meluaskan lagi lokasi jualan bagi program ini dengan memanjangkan tempoh dua hari berbanding sehari sebelum ini, dan membolehkan golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah dapat membeli keperluan harian menerusi program My Best Buy dengan harga berpatutan.

“Seperti di lokasi UTC sering menjadi tumpuan ramai dan kita telah menetapkan UTC sebagai tempat tetap untuk menjayakan program My Best Buy secara bulanan,” katanya.

Che Samudin berkata demikian ketika pelancaran program My Best Buy dan jualan terus dari ladang peringkat negeri di bangunan UTC, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Pengarah (Pembangunan dan Pembangunan Usahawan) FAMA negeri, Marsahid Maarof dan Pengurus UTC negeri, Siti Aisyah Maarof.

Jelasnya, dengan penganjuran program ini pengguna berpeluang mendapat potongan harga antara lima hingga 20 peratus bagi barangan segar dan basah seperti ikan, ayam, sayuran dan buah-buahan.

“Kita juga menggalakkan penglibatan usahawan karavan Tani Fama, lori sejuk beku dan jualan terus dari ladang akan diutamakan kerana objektif kita untuk membantu rakyat di kawasan bandar bagi menangani kesan kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat,” katanya.

Pada program itu kira-kira 50 buah gerai jualan disediakan kepada orang ramai termasuk pengunjung UTC yang akan berakhir esok.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Next: Fama Johor sasar jualan RM2.2 juta My Best Buy

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.