Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Fama Johor sasar jualan RM2.2 juta My Best Buy
  • ACTIVITY

Fama Johor sasar jualan RM2.2 juta My Best Buy

Helmi Aziz February 26, 2019 2 minutes read
202684.jpg

SIMPANG RENGGAM – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Johor menyasarkan nilai jualan sebanyak RM2.2 juta pada tahun ini melalui program My Best Buy berbanding RM1.97 juta pada tahun lalu.

Timbalan Pengarah Operasi Fama Negeri Johor, Shahrizan Sudiman berkata, pada tahun ini pihaknya turut menyasarkan penglibatan usahawan industri asas tani (IAT) seramai 200 orang dengan bilangan penganjuran sebanyak 200 kali di lebih 60 lokasi di seluruh negeri ini.

“Pada tahun lalu, kita menjangkakan nilai jualan sebanyak RM1.10 juta namun disebabkan sambutan yang memberangsangkan, kita berjaya mencapai keuntungan sebanyak RM1.97 juta dengan pencapaian bilangan usahawan seramai 185 orang.

“Kami jangkakan nilai jualan sebanyak RM2.2 juta pada tahun ini juga dapat dicapai kerana program ini menawarkan harga jauh lebih rendah daripada harga pasaran dan produk-produk jualan juga dijual secara terus tanpa orang tengah dan kita turut adakan program ini di kilang-kilang dan kawasan yang terdapat permintaan,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas Program My Best Buy dan Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) Peringkat Daerah Kluang di Pejabat Fama Kluang, di sini, hari ini.

Turut hadir ialah wakil rasmi Yang Dipertua Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR), Azuan Ngadimi dan Pegawai Fama Daerah Kluang, Mahyuddin Ismail.

Pada masa sama, penganjuran program My Best Buy ini dilihat bukan sahaja memberi faedah kepada pengguna malah membuka peluang kepada usahawan IAT dan usahawan tempatan mengambil peluang memasarkan produk di kawasan mereka kepada orang ramai.

“Pada hari ini, kira-kira 50 usahawan tani mengambil bahagian untuk menjual barangan segar pada harga yang lebih murah antara lima hingga 20 peratus berbanding harga pasaran secara terus kepada pengguna.

“Program ini memberi peluang juga kepada orang ramai boleh melihat dan membeli apa sahaja produk pertanian, ternakan, perikanan dan sebagainya yang disukai dengan harga murah itu,” katanya.

Menurutnya, usahawan IAT yang terlibat juga memberi kerjasama dengan menjual barang-barang keperluan pada harga berpatutan dan menepati objektif penganjuran program My Best Buy tersebut.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Fama sasar RM400,000 My Best Buy
Next: Dengkur bukan tanda nyenyak tidur

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.