Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Eksport getah, produk getah berkembang kepada RM140 bilion tahun ini
  • ACTIVITY

Eksport getah, produk getah berkembang kepada RM140 bilion tahun ini

Helmi Aziz February 14, 2022 2 minutes read
1497420.jpg

PETALING JAYA – Eksport getah dan produk getah dijangka meningkat kepada RM140 bilion tahun ini berbanding RM71 bilion yang dicatatkan semasa 2021 dan RM49.2 bilion pada 2020, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin.

Menurutnya, industri getah telah menyaksikan prestasi yang menggalakkan yang dipacu daripada industri tayar dengan eksport tayar melonjak 30.5 peratus kepada RM1.7 bilion pada tahun lepas berbanding dengan RM1.3 bilion pada 2020.

“Sumbangan eksport barangan bernilai tinggi Malaysia dan penambahbaikan dalam prestasi eksport produk getah kering serta rangsangan dalam penggunaan getah yang dihasilkan secara tempatan telah memacu pengukuhan prestasi eksport,” katanya kepada pemberita selepas Ekspo dan Konvensyen Industri Getah Antarabangsa Malaysia (Irice 2022) di sini hari ini.

Sementara itu, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi akan mencadangkan penyelesaian strategik bagi membantu negara menepis dakwaan mengenai buruh dalam industri getah, katanya.

Kementerian itu akan bekerjasama dengan persatuan getah serta agensi berkaitan bagi mengemukakan penyelesaian dan ia akan menjadi usaha yang berterusan untuk menangani dakwaan-dakwaan ini termasuk isu-isu buruh yang sentiasa menjadi cabaran dalam sektor komoditi.

“Ini adalah perkara yang kita akan bekerjasama dan sekarang kita perlu menyatukan naratif semua pihak dengan cara yang lebih bersepadu kepada Kesatuan Eropah (EU) serta Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) berbanding secara ‘ad-hoc’ sebelum ini.

“Kita perlu melakukannya dengan kaedah yang bersepadu, yang mana kementerian itu sendiri akan memainkan peranan dalam mewakili negara secara keseluruhannya. Ini adalah sesuatu yang kita perlu buat dan bercakap dalam satu suara,” katanya. – Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: MPOB pelawa usahawan sabun jalani ujian di Pusat Inkubasi Oleokimia
Next: AirAsia X peroleh penggunaan ruang kargo pesawat A330-300

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.