Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Ekosistem terancang penting bagi hab projek kereta ketiga
  • ACTIVITY

Ekosistem terancang penting bagi hab projek kereta ketiga

Helmi Aziz February 9, 2019 2 minutes read
180530.jpg

PEMBENTUKAN ekosistem yang terancang penting bagi memastikan hab projek kereta nasional ketiga negara dapat didirikan di Melaka khususnya di Parlimen Alor Gajah, kata Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

Beliau berkata, ini kerana ekosistem yang baik bukan sahaja dapat menarik lebih banyak pelabur malahan dapat melancar dan menjayakan pelaksanaan projek tersebut.

“Terpulang kepada kerajaan negeri Melaka bagaimana mereka hendak mewujudkan satu ekosistem yang baik untuk menjamin kelayakan negeri ini sebagai hab projek kereta nasional ketiga negara.

“Ekosistem merangkumi pelbagai aspek termasuk kemudahan dan insentif yang disediakan untuk pelabur, pekerja, kepakaran, logistik, sumber tenaga dan tarif air,” katanya selepas menyempurnakan Perasmian Program Tanggungjawab Sosial Korporat Universiti Binary: Penyampaian Buku Rujukan Ujian Pencapaian Sekokah Rendah kepada pelajar tahun 6 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Peringkat Parlimen Alor Gajah, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan terkini projek kereta nasional ketiga negara khususnya permohonan Kerajaan Negeri Melaka untuk menjadi hab pengeluaran kereta berkenaan.

Mohd Redzuan yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah berkata, secara asasnya Alor Gajah dilihat sebagai lokasi strategik untuk dijadikan hab pengeluaran kereta nasional ketiga negara kerana di situ juga terletaknya kilang pembuatan kereta Honda.

Beliau berkata, kawasan tersebut mempunyai banyak kelebihan atau kepelbagaian sumber khususnya tenaga pekerja berpengalaman yang boleh berkongsi ilmu atau kepakaran mereka untuk menjayakan projek berkenaan.

“Banyak kelebihan atau manfaat yang dapat dinikmati sekiranya Melaka khususnya Alor Gajah terpilih sebagai hab pengeluaran kereta nasional ketiga negara terutamanya daripada aspek pembangunan ekonomi setempat dan juga negeri.

“Bagaimanapun ia bergantung kepada keputusan kerajaan pusat untuk memutuskannya berdasarkan penilaian atau faktor yang diambil kira terutama aspek ekosistem terlibat,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata setakat ini kebanyakan syarikat yang berminat untuk terlibat dalam projek kereta nasional ketiga negara adalah syarikat tempatan yang mempunyai pelbagai kepakaran atau kebolehan tersendiri dalam pelbagai bidang kejuruteraan dan teknologi.

Katanya berdasarkan maklumat atau profil syarikat yang diterima, kepakaran mereka mampu membentuk satu industri kejuruteraan yang lengkap untuk merealisasikan hasrat kerajaan melaksanakan projek tersebut. – Bernama



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Proton serah 1,000 unit X70 dalam tempoh sehari
Next: Nikmati resipi rendah garam yang lazat!

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.