Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Ekosistem ekonomi faktor firma Sepanyol pilih Malaysia
  • ACTIVITY

Ekosistem ekonomi faktor firma Sepanyol pilih Malaysia

Helmi Aziz April 5, 2022 3 minutes read
1651909.jpg

MALAYSIA yang mempunyai kedudukan strategik, ekosistem ekonomi maju, dan integrasinya dalam rantaian nilai global dengan populasi berbilang budaya dan bahasa menjadikan negara ini destinasi pilihan syarikat dari Sepanyol.

Duta Sepanyol ke Malaysia, José Miguel Corvinos Lafuente berkata, itu antara faktor Malaysia menjadi pilihan pelaburan Sepanyol di rantau ASEAN, dengan Pelaburan Langsung Asing (FDI) berjumlah 925 juta euro (lebih RM4.3 bilion).

“Seperti sebelum ini, Malaysia adalah rakan kongsi yang baik untuk Sepanyol,” katanya dalam ucapan perasmian Pejabat Ekonomi dan Komersial Kedutaan Sepanyol yang baharu di Malaysia, baru-baru ini.

Dewan Perniagaan & Perindustrian Sepanyol Malaysia, juga dikenali sebagai La Camara, juga ditempatkan di pejabat baharu itu.

Beliau berkata, syarikat Sepanyol yang ada di Malaysia meliputi pelbagai sektor termasuk digital, kejuruteraan, pembuatan, biosains dan aeroangkasa, fesyen, gastronomi, dan seramik.

Katanya, syarikat Sepanyol yang beroperasi dalam sektor kereta api dan tenaga suria, telah menyumbang terutamanya kepada kecekapan dan kemampanan ekonomi Malaysia.

“Melalui Program Kerjasama Industri (ICP), mereka membawa pemindahan teknologi dan menyediakan latihan untuk pelajar dan profesional Malaysia dalam penggunaan teknologi canggih,” katanya.

Statistik menunjukkan eksport Sepanyol ke Malaysia ialah 395.58 juta euro (RM1.86 bilion) pada 2021, manakala import dari Malaysia kira-kira 1.42 bilion euro (RM6.60 bilion)

“Sepanyol ialah ekonomi keempat utama dalam Kesatuan Eropah dan ke-14 terbesar di dunia. Dan Malaysia adalah negara yang menawarkan banyak peluang, jadi pasti ada ruang untuk terus meneroka dan mengenal pasti bidang kerjasama baharu dengan syarikat Malaysia dan sektor awam,” katanya.

Pada 2020, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sepanyol ialah 1.20 trilion euro (RM5.57 trilion) – sekitar empat kali ganda KDNK Malaysia dan yang ke-14 terbesar di dunia.

Menyentuh mengenai kedudukan Sepanyol dari perspektif teknologi, beliau berkata dalam industri aeroangkasa dan pertahanan, Sepanyol adalah satu daripada beberapa negara di dunia yang mampu menghasilkan keseluruhan proses pembuatan pesawat.

Selain itu, Sepanyol juga merupakan peneraju Eropah (ke-3 di seluruh dunia) untuk rangkaian kereta api berkelajuan tinggi, dengan lebih daripada 3,402 kilometer perkhidmatan. Pengalaman luas syarikat kereta api Sepanyol itu telah dieksport ke lebih 90 negara.

Menurut Corvinos, Sepanyol juga merupakan peneraju dalam pembangunan tenaga boleh baharu dari sudut teknologi dan perindustrian. Pada 2020, sebanyak 43 peratus daripada tenaga elektrik yang dijana di Sepanyol dihasilkan dengan tenaga boleh baharu.

Beliau juga menyatakan dua bandar Sepanyol – Bilbao dan Zaragoza – disenaraikan dalam 15 bandar pintar pertama di dunia oleh Institut Pembangunan Pengurusan Antarabangsa (IMD).

Sementara itu, Pérez-Durántez mengumumkan beberapa rancangan yang diatur Pejabat Ekonomi dan Komersial untuk 2022, termasuk rundingan perniagaan di Selangor, misi penjagaan kesihatan maya, serta satu majlis bersama chef Michelin Star dari Sepanyol. – Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Bank Rakyat tambah baik platform perbankan digital, QR2E
Next: Singapura rakan strategik pulihkan ekonomi negeri

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.