Ekonomi Malaysia perlihat tanda positif pada Oktober 2023 – DOSM

Ekonomi Malaysia perlihat tanda positif pada Oktober 2023 – DOSM

IPP Malaysia memulih kepada pertumbuhan 2.7 peratus tahun ke tahun pada Oktober 2023. - Gambar hiasan. Gambar kecil: MOHD UZIR

IPP Malaysia memulih kepada pertumbuhan 2.7 peratus tahun ke tahun pada Oktober 2023. – Gambar hiasan. Gambar kecil: MOHD UZIR

EKONOMI Malaysia telah mengekalkan pertumbuhan positif sepanjang tiga suku pertama 2023 dan menunjukkan tanda positif pada Oktober, diterajui oleh pengeluaran perindustrian dan jualan runcit, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Menurut DOSM, prestasi konsisten ini telah menyumbang kepada pertumbuhan 3.9 peratus dalam ekonomi bagi tempoh sembilan bulan pertama 2023, berbeza dengan pertumbuhan 9.2 peratus dalam tempoh sama pada 2022.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia memulih kepada pertumbuhan 2.7 peratus tahun ke tahun pada Oktober 2023, peningkatan ketara berbanding penurunan 0.5 peratus pada bulan sebelumnya.

“Ini merupakan peningkatan signifikan sejak Mei 2023, terutamanya didorong oleh prestasi kukuh sektor perlombongan.

Sumber