Eco-Shop Malaysia buka Eco-Shop Concept Store, tawar harga bawah RM20

Eco-Shop Malaysia buka Eco-Shop Concept Store, tawar harga bawah RM20

Eco-Shop Concept Store tawar harga barang bawah RM20.

Eco-Shop Concept Store tawar harga barang bawah RM20.

PERUNCIT barangan rumah terkenal, Eco-Shop Malaysia mengumumkan pembukaan besar-besaran Eco-Shop Concept Store bertempat di IOI City Mall, Putrajaya.

Inovasi itu dilaksanakan bagi merevolusikan pengalaman pelanggan dengan menawarkan lebih 10,000 pilihan keperluan isi rumah termasuk makanan, alat tulis dan produk haiwan selari dengan kebolehcapaian serta kemampuan pembeli.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jessica Ng berkata, Eco-Plus Concept Store adalah bukti komitmen pihaknya memenuhi keperluan pengguna dengan reka bentuk kedainya yang unik dan berpusatkan pelanggan serta barangan berharga di bawah RM20.

“Eco-Plus Concept Store merupakan tonggak penting dalam perjalanan Eco-Shop Malaysia, melambangkan usaha dan dedikasi kami bukan sahaja untuk menjadikan kehidupan mampan boleh diakses tetapi benar-benar inklusif.

Sumber