Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Ekspo
  • Dulu 175kg, kini 58kg
  • Ekspo

Dulu 175kg, kini 58kg

Helmi Aziz April 9, 2019 3 minutes read
260764.jpg

SITI AMINAH BORHAN, 28, masih teringat lagi momen pahit ketika beliau berusia 18 tahun.

Pada waktu makan tengah hari, beliau tidak akan berganjak dari tempat duduknya. Pelawaan rakannya untuk makan, selalunya akan ditolak.

Sebenarnya, bukan Siti Aminah tidak mahu. Dirinya sangat segan kerana kebiasaannya, jumlah hidangan makanan yang diambilnya sangat banyak.

Seleranya pada usia remaja memang tinggi, kata bekas jurujual.

Siti Aminah sebelum berjaya menurunkan berat badan

Siti Aminah sebelum berjaya menurunkan berat badan

Anda mahu tahu berapa berat badannya? “Berat saya pada masa itu ialah 175 kilogram (kg),” imbasnya yang sering memencilkan diri daripada rakan-rakan sekerjanya.

Ujar Siti Aminah, terdapat satu peristiwa yang membuatkan beliau sangat tertekan.

“Kejadian itu berlaku di ruang pantri. Saya terdengar rakan saya sendiri mengejek saya dengan berkata, ‘Eh, gemuk’. Sukar saya nak gambar betapa pedihnya hati saya,”katanya.

Semangat

Ekoran daripada kejadian tersebut, Siti Aminah berkata, beliau bulatkan tekad.

Semangat itu katanya, menebal ketika usianya 23 tahun.

“Kekuatan saya datang secara tiba-tiba. Percaya atau tidak, dalam tempoh tujuh bulan, daripada 117kg, berat badan saya menjadi 58kg,” katanya dengan nada riang.

Apakah rahsia dan rejim kesihatan yang Siti Aminah lakukan?

Berat badan terkini Siti Aminah 58kg

Berat badan terkini Siti Aminah 58kg

Dengan wajah berseri-seri wanita ini berkata, beliau menolak secara total penggunaan ubat kurus.

“Bagi saya, jika kita ingin kurus biar dengan cara yang sihat. Kesihatan lebih penting berbanding dengan paras rupa,” ujarnya.

Siti Aminah memberitahu, beliau hanya minum minuman detoks selain mengamalkan pemakanan dan gaya hidup sihat.

Minuman berdetoks membabitkan campuran beberapa makanan semula jadi seperti daun pudina, lemon, limau nipis, serai, bunga cengkih dan lain-lain.

Berikut ialah jadual pemakanan Siti Aminah:

Pagi

Beliau akan minum air detoks dan makan roti sandwich telur. Jika perut masih lapar, Siti Aminah akan makan segenggam kekacang.

Tengah hari

Siti Aminah hanya akan menjamah sekeping ikan salmon bakar atau ayam bakar bersama salad. Kadangkala, beliau menikmati ikan bakar bersama ulam.

Makan malam

Beliau mendisiplinkan diri dengan menikmati semangkuk oat. Bagi menambah perisa, beliau akan mencampurkan makanan itu dengan buah-buahan seperti pisang.

Ya, itu sahaja amalan Siti Aminah. Nampak mudah tetapi ujar wanita itu, ia sukar dilaksanakan jika tiada kesungguhan.

“Bagi saya, apa sahaja yang kita buat, kita perlu lakukan dengan sepenuh hati. Insya-ALLAH niat kita akan diberkati,” katanya yang kini selesa dengan berat badan idealnya.

Beliau sendiri tidak menyangka, selepas berjaya menurunkan berat badan, rezekinya semakin murah.

Siti Aminah bersama ayahnya yang banyak memberi dorongan

Siti Aminah bersama ayahnya yang banyak memberi dorongan

Jika dulu, beliau hanyalah seorang jurujual. Kini, wanita itu adalah pengasas kepada satu produk minuman detoks.

Beliau mengambil keputusan untuk mengeluarkan produk sendiri bagi membantu lebih ramai individu yang ingin mendapatkan berat badan yang diimpikan dengan cara yang sihat.

“Seperkara, saya juga kini adalah jurulatih kecergasan. Saya memang ingin membantu mereka yang berbadan besar, saya sangat memahami perasaan mereka dalam kategori ini,” katanya.

Kepada pembaca WOW Femina yang mahu butiran lanjut mengenai rejim sihat dan kurus Siti Aminah, boleh layari Instagram Siti Aminah atau Facebooknya, Siti Aminah Borhan.

Siti Aminah di anugerahkan sebagai ikon fitness

Siti Aminah di anugerahkan sebagai ikon fitness

Tip amalan sihat Siti Aminah

1. Kawal pengambilan kalori dalam makanan.

2. Kurangkan pengambilan makanan berlemak dan berminyak.

3. Pada setiap pagi, beliau akan pastikan dirinya bersenam sekurang-kurangnya 45 minit.

4. Kurang mengambil makanan bergula.

5. Cukup tidur

6. Minum air kosong sekurang-kurangnya tiga liter sehari.

7. Pastikan makan malam diambil sebelum pukul 8 malam.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Rangka Kerja Keusahawanan Nasional dilancar Julai
Next: Permulaan pagi lebih nutrisi

Related Stories

09
  • Business
  • Celebration
  • Collabration
  • Ekonomi
  • Ekspo
  • Gadget
  • Gaya Hidup
  • Industri Kreatif
  • music
  • News
  • Product Launch

vivo V70 FE First Sales Roadshow Janji Pengalaman Interaktif dan Persembahan DOLLA

Syahir Izani April 15, 2026
1000250427
  • Automotive
  • Business
  • Ekspo
  • Event
  • Innovation
  • Launching

SIRIM-Certified ASTRA Reinforces Bateriku’s Commitment to Quality with the Opening of Its Quality Lab

Helmi Aziz August 8, 2025
2
  • Awards
  • Ekspo
  • Music

Universal Music Malaysia Raikan Ikon Muzik di Hall of Fame, Pavilion Malaysia, Ekspo 2025 Osaka, Japan

Helmi Aziz May 14, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.