Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • DRB-Hicom, XQ, China akan keluarkan komponen kenderaan
  • ACTIVITY

DRB-Hicom, XQ, China akan keluarkan komponen kenderaan

Helmi Aziz February 3, 2019 2 minutes read
169965.jpg

HICOM-Teck See Manufacturing Malaysia Sdn Bhd (HTS) telah memeterai perjanjian pegangan saham (SA) dengan Jiangsu Xinquan Automotive Trim Co Ltd (XQ) untuk menubuhkan syarikat usaha sama di Malaysia untuk mereka cipta, membangunkan dan mengeluarkan panel instrumen, konsol lantai dan perapi tingkap dan komponen berkaitan untuk kenderaan.

HTS ialah anak syarikat 51 peratus milik HICOM Holdings Bhd yang juga merupakan anak syarikat milik penuh DRB-HICOM.

“Menerusi penyertaan HTS dalam syarikat usaha sama (JVCO), Kumpulan DRB-HICOM akan dapat terus menyokong perniagaan PROTON yang termasuk perluasan ke pasaran ASEAN.

“JVCO juga menyasarkan untuk menembusi pasaran ASEAN dengan pembuatan produk menggunakan teknologi baharu,” kata DRB-HICOM dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Proton Holdings ialah anak syarikat 50.1 peratus milik DRB-Hicom.

Sebaik menerima kelulusan relevan daripada kerajaan China bagi pelaburan di luar negara, XQ akan menugaskan hak dan obligasinya di bawah SA kepada Xinquan Development Hong Kong Ltd (XQ HK), anak syarikat milik penuh yang akan diperbadankan di Hong Kong.

Nama dicadangkan bagi JVCO itu ialah XINQUAN-HICOM Malaysia Sdn Bhd.

HTS akan memiliki pegangan saham sebanyak 49 peratus dengan cadangan sumbangan modal sebanyak RM31.556 juta manakala XQ HK (51 peratus) akan mempunyai cadangan sumbangan modal sebanyak RM64.4 juta dalam JVCO.

Usaha sama yang dicadangkan itu adalah bagi tempoh 10 tahun dan akan diperbaharui secara automatik bagi tambahan 10 tahun lagi kecuali kedua-dua pemegang saham bersetuju untuk tidak memperbaharuinya dalam tempoh satu tahun ke tarikh ulang tahun kesepuluh tarikh penubuhan JVCO. – Bernama



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Kesan buruk rokok terhadap manusia
Next: Fenomena penghujung bulan dan tahun

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.