Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Drama
  • Drama Bersiri ‘RESTU’ Bakal Ditayang Mulai 26 April 2024
  • Drama

Drama Bersiri ‘RESTU’ Bakal Ditayang Mulai 26 April 2024

Helmi Aziz April 25, 2024 (Last updated: April 25, 2024) 4 minutes read

Untuk meneruskan kemeriahan sambutan Aidilfitri tahun ini, platform penstriman terkemuka Asia, iQIYI (disebut ai-chi-yi), mempersembahkan sebuah drama bersiri terbaharu yang berjudul ‘RESTU’ yang akan ditayangkan bermula 26 April 2024 ini pada jam 9:00 malam. Drama bersiri 10 episod ini, dibintangi oleh barisan pelakon handalan seperti Remy Ishak, Wanna Ali, Siti Elizad, Elizabeth Tan, Puteri Rafasya, dan ramai lagi. Drama ini adalah hasil terbitan bersama syarikat produksi, Infinitus Production, dan diarahkan oleh pengarah terkenal tanah air, Heykal Hanafiah.

Pengurus Besar iQIYI Malaysia & Singapura, En. Jony Deng berkata, “Selepas kejayaan Rampas Cintaku 2 yang dilakonkan oleh Fasha Sandha dan Erra Fazira, kami bakal melancarkan drama bersiri terbaharu berjudul RESTU untuk memenuhi permintaan penonton yang semakin meningkat. Ini juga sejajar dengan hasrat kerajaan yang mahukan semua platform penstriman di Malaysia menghasilkan sejumlah kandungan asli yang berkualiti tinggi serta membawa pesanan dan teladan yang baik”.

“Selain itu, kami sedang bekerja keras mengendalikan beberapa projek Original iQIYI yang kini sedang dalam pelbagai peringkat seperti pembangunan skrip, penggambaran dan pasca-produksi dan ini bakal memeriahkan lagi industri hiburan di Malaysia,” tambahnya lagi.

Setelah kejayaan luar biasa drama bersiri ‘Rampas Cintaku 1 & 2’ dengan jumlah melebihi 100 juta tontonan digital di seluruh dunia, iQIYI kini terus menyajikan drama bersiri RESTU yang merupakan diantara 12 drama yang bakal mewarnai tahun 2024.

Drama RESTU menceritakan tentang watak utamanya iaitu Razak (lakonan Remy Ishak), seorang ayah tunggal yang berdepan cabaran dan dilema hidup dalam membesarkan anak perempuannya, Amy (lakonan Puteri Rafasya) setelah kematian isterinya, Julia. Hal ini menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk mencari pengganti hidup tetapi, anaknya meletakkan tiga syarat yang perlu dipenuhi. Siapakah calon bakal isteri Razak yang mendapat ‘restu’ dari Amy? Apakah pula syarat-syarat yang diletakkan oleh puteri hati Razak? Semuanya bakal terungkai dalam RESTU.

Projek drama Original iQIYI ini mengambil masa selama dua tahun untuk disiapkan. “Sepanjang dua tahun ini, kami melakukan pelbagai perbincangan dari aspek jalan cerita, watak, genre dan strategi pemasaran yang terbaik bagi drama ini agar ia menepati citarasa masyarakat tempatan.”

“Kami juga sangat teliti dalam pemilihan para pelakon kerana ia melibatkan pelbagai pihak. Kami tidak hanya fokus pada aspek populariti sahaja, namun lebih kepada bakat versatile yang dimiliki oleh setiap pelakon demi mencapai objektif iQIYI dalam menghasilkan produk-produk berkualiti buat penonton semua,” tambah En. Jony lagi.

Tayangan perdana episod pertama drama RESTU adalah pada 26 April 2024, bersamaan minggu kedua Hari Raya dimana ianya boleh ditonton secara percuma di aplikasi iQIYI atau laman web www.iQ.com/local. Untuk episod baru seterusnya pula, penonton boleh membuat langganan akses VIP dan terus menonton apabila ianya tersedia, namun episod baru tersebut boleh ditonton secara percuma 48 jam kemudian.

iQIYI meletakkan harapan agar drama ini dapat diterima ramai sekaligus mendapat ‘Restu’ dari penonton. “Semoga drama bersiri ini mempamerkan kemahiran kreatif tenaga produksi dan juga bakat anak seni tempatan ke peringkat dunia.”

“Kami mensasarkan RESTU menjadi jambatan penghubung antara penonton di serata dunia dalam merasai sendiri keunikan budaya dan kepelbagaian naratif yang terdapat di Malaysia, serta memberi nikmat hiburan buat penonton disamping mencipta lebih peluang baharu dalam mempelbagaikan lagi kandungan digital tempatan,” tambahnya.

Muat turun aplikasi iQIYI di Apple App Store atau Google Play Store sekarang, taip RESTU di ruang carian, kemudian terus klik ‘Pesan’ untuk mendapatkan peringatan awal atau  langgan Super Streamer Pass baharu oleh Hotlink dengan hanya RM9.90 sebulan. Nikmati penstriman berdefinisi tinggi tanpa gangguan dengan internet 5G tanpa had. Boleh dilanggan oleh pelanggan Prabayar dan Pascabayar Hotlink dengan pas internet bulanan aktif.

Jangan lupa temujanji anda bersama drama RESTU bermula 26 April 2024, pada jam 9:00 malam (setiap Jumaat & Sabtu) yang menjanjikan sebuah pengalaman menarik dengan aspek kekeluargaan, percintaan dan pengorbanan.

Mengenai iQIYI International

iQiyi International yang berpangkalan di Singapura menyediakan perkhidmatan penstriman video atas permintaan dengan menawarkan pilihan hiburan dari Asia kepada para penonton global. Menawarkan perkhidmatan yang disokong oleh iklan dan juga langganan VIP, iQiyi International menyajikan drama-drama bersiri premium, tayangan filem, rancangan variasi dan anime; dalam bahasa tempatan dan sari kata; dikuasakan oleh teknologi terkini. iQiyi International turut menawarkan teknologi ini kepada perkhidmatan hiburan yang lain melalui perkongsian SaaS. iQiyi International boleh ditonton melalui sebarang peranti menerusi laman web iQ.com dan juga aplikasi. iQiyi International dimiliki oleh  iQiyi, Inc. (Nasdaq: IQ).

Infinitus Productions Sdn Bhd

Sebuah syarikat penerbitan yang mengkhususkan pembikinan filem di Malaysia untuk pasaran domestik dan antarabangsa. Sebahagian daripada Infinitus Entertainment Group, sebuah rangkaian pencipta kandungan yang berpusat di Hong Kong, Taiwan, dan Beijing, Infinitus Productions bertujuan untuk menghasilkan filem-filem berkualiti tinggi dari Malaysia dengan menoreh bakat-bakat hebat di Malaysia, serta mengambil kesempatan keindahan geografi Malaysia yang menakjubkan. Sejak tahun 2017, Infinitus Entertainment (M) Sdn Bhd telah meningkatkan keterlibatan dalam penerbitan-bersama antarabangsa dan menghasilkan filem tempatan yang terkenal.

Strim Restu Di Sini:

Trailer Rasmi: https://www.youtube.com/watch?v=o75g7vki1_4

 

Akaun Media Sosial iQYI Malaysia:

Instagram: iqiyimalaysia

TikTok: iqiyi_malaysia 

YouTube: iQIYI Malaysia |

X: iQIYIMalaysia

Facebook: iQIYI Malaysia  

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Nadeera Tampil Dengan Single ‘Udara’
Next: Gandingan Emas: Kaka Azraff dan Daniesh Suffian Memikat dengan Lagu Terbaru ‘Karya’

Related Stories

Laugh Out Loud Entertainment Sdn Bhd Lancarkan Iklan Raya “Bila”
  • Drama
  • Raya & Perayaan
  • Sosial

Laugh Out Loud Entertainment Sdn Bhd Lancarkan Iklan Raya “Bila”

Farihin Azlan April 14, 2026
Poster Bayangan Lelaki Sempurna
  • Artist
  • Digital Streaming
  • Drama
  • Entertainment
  • Promotion

Bapa Sanggup Menipu: Adam Lee Cipta Persona Luth Zafran!

Allya Adriana April 8, 2026
Screenshot 2026-04-06 091533
  • Artist
  • Awareness
  • Digital
  • Digital Streaming
  • Drama
  • Drama TV
  • Hiburan
  • Televisyen & Penstriman

GEMPAR! Ustaz Dedah Isu Anak Luar Nikah Dalam Khianat Yang Terpilih, Netizen ‘Serbu’ Persoal Siapa Sebenarnya ‘Bin’!

Allya Adriana April 6, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.