Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Drama
  • “Allah Dah Set Dari Atas”: Baizura Kahar Kembali Dalam Keluarga Iskandar, Projek Paling Tepat
  • Comeback Artis
  • Drama
  • Hiburan

“Allah Dah Set Dari Atas”: Baizura Kahar Kembali Dalam Keluarga Iskandar, Projek Paling Tepat

Farihin Azlan February 26, 2026 (Last updated: February 26, 2026) 2 minutes read
“Allah Dah Set Dari Atas”: Baizura Kahar Kembali Dalam Keluarga Iskandar, Projek Paling Tepat

Keluarga Iskandar 3 terus mencuri tumpuan apabila tiga episod pertamanya yang mula bersiaran pada 6, 7 dan 8 Februari lalu di Astro Ria menerima sambutan hangat daripada penonton. Bersiaran setiap Jumaat hingga Ahad jam 9 malam, musim ketiga siri kegemaran ramai ini kembali dengan barisan pelakon asal seperti Kismah Johari, Hilal Azman, Sobri Anuar, Susan Lankester, Azhar Sulaiman, Anita Baharom dan Zain Hamid, selain kehadiran watak baharu yang berjaya menghidupkan lagi jalan cerita.

Antara kemunculan yang paling mencuri perhatian ialah kembalinya pelakon Baizura Kahar ke layar kaca selepas lebih sedekad menyepi. Menerusi watak Dr Sofea, isteri kepada Alan, kehadiran Baizura dianggap sebagai ‘pengubat rindu’ buat peminat yang kali terakhir melihat lakonannya sekitar tahun 2007 hingga 2008 menerusi filem Sepi. Keterujaan penonton jelas terpancar di media sosial seperti Threads, Instagram dan Facebook, dengan ramai tidak sabar menantikan perkembangan watak yang dibawanya.

Mengimbas kembali perjalanan seninya, Baizura mengakui dunia lakonan tidak pernah benar-benar ditinggalkan, namun dia memilih untuk berehat panjang selepas tamat pengajian universiti dan memberi fokus kepada kerjaya lain. Baginya, lakonan sebelum ini lebih kepada usaha menampung kehidupan sebagai pelajar. Namun, seiring dengan anak-anak yang semakin membesar, keinginan untuk kembali aktif dalam industri seni kembali menyala—dengan satu syarat utama iaitu projek yang tepat.

Seperti dialog ikonik siri ini, “Allah dah set from the top”, Baizura menyifatkan penglibatannya dalam Keluarga Iskandar musim ketiga sebagai satu rezeki yang telah tersusun rapi. Tawaran daripada KL Motion Pictures Sdn Bhd diterima kerana keselesaan bekerja bersama pasukan produksi yang sudah dikenali, termasuk pengarah dan penulis skrip Wan Hazliza Wan Zainuddin. Selain itu, sifat naskhah yang ringan dan berunsur komedi menjadikan projek ini sebagai batu loncatan terbaik buat dirinya kembali ke dunia lakonan.

Kini, dengan langkah comeback yang disambut positif, Baizura menyatakan keterbukaannya untuk menerima tawaran lakonan lain pada masa hadapan—selagi projek tersebut sesuai dan dekat di hati. Keluarga Iskandar 3 ditayangkan sebanyak 24 episod dan boleh ditonton setiap Jumaat hingga Ahad jam 9 malam di Astro Ria, atau distrim menerusi Astro GO dan sooka.

About the Author

Farihin Azlan

Editor

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: “Binasa” Suntik Tenaga Baharu Dalam Landskap OST Drama Ramadan 2026
Next: Alternatif Hujung Minggu Selain Pusat Beli-Belah: Affin Universe Satukan Gaya Hidup dan Hiburan Langsung Dalam Satu Destinasi

Related Stories

SimpulLogo-Oke-Black
  • Hiburan
  • Muzik

“Simpul” Jadi Bukti Cinta Tanpa Jarak, Fadhilah Intan & Daniesh Suffian Tampil Berbeza

Luqman Hakim May 4, 2026
WhatsApp Image 2026-04-27 at 10.48.51 PM
  • Artist
  • Comeback Artis
  • CONCERT
  • Event
  • Lifestyle
  • News

Bjorn Again: The Ultimate ABBA Party Hits KL with “The ABBA Tour Forever”!

Allya Adriana April 29, 2026
Ifa Raziah Kembali Dengan “Gedik Raya”, Tamat Penantian 5 Tahun Tanpa Single Baharu
  • Hiburan
  • Muzik Raya
  • Selebriti

Ifa Raziah Kembali Dengan “Gedik Raya”, Tamat Penantian 5 Tahun Tanpa Single Baharu

Farihin Azlan April 24, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood
  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi

RSS RSS Feed

  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi
  • 5 Faktor Yang Jadikan “Pewaris Susuk” Antara Filem Paling Diperkatakan

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

PIX 4
  • Community
  • Health & Awareness
  • Lifestyle
  • Sunway Medical Centre
  • Women Health

Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood

Farihin Azlan May 7, 2026
  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.