Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Deftech, IDV tubuh pusat MRO tempatan
  • ACTIVITY

Deftech, IDV tubuh pusat MRO tempatan

Helmi Aziz March 30, 2022 2 minutes read
1644872.jpg

DRB-HICOM Defence Technologies Sdn Bhd (Deftech) dan Iveco Defence Vehicles (IDV) memeterai memorandum persefahaman (MoU) untuk menubuhkan pusat penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) tempatan yang sah bagi trak keluaran syarikat Itali tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Deftech, Fazley Ariffin berkata, kerjasama bersama IDV yang juga sebuah syarikat terkenal terbukti secara global untuk menubuhkan pusat MRO tempatan selain dapat meningkatkan kebolehupayaan menyelenggara setiap kenderaan.

Katanya, pusat MRO tempatan mampu memberikan perkhidmatan selepas jualan yang lebih pantas dan cekap kepada pengguna dalam negara.

“Deftech komited untuk membekalkan pasukan pertahanan Malaysia dengan jentera yang kukuh dan boleh dipercayai.

“Trak 4×4 GS Cargo ini dianggap sebagai kuda kerja Angkatan Tentera Malaysia ATM dan MRO akan memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik secara konsisten kepada ATM,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Upacara menanda tangan MoU tersebut disaksikan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang pada Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2022 dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (Natsec Asia) Asia di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec), di sini.

Deftech diwakili Ketua Pegawai Operasi, Lefternal Jeneral Datuk Hanafiah Jaafar manakala IDV diwakili oleh Ketua Jualan Eksport Iveco Defence Vehicles, Francescomaria Tuccillo.

Sementara itu, Tuccillo berkata, penubuhan pusat MRO berkenaan membuktikan kepentingan sektor pasaran pertahanan Malaysia kepada perniagaan Asia Pasifik Iveco Defence Vehicles.

“Pasaran pertahanan Malaysia cukup strategik dan penting bagi seluruh kawasan Asia-Pasifik. Disebabkan itu, IDV berbesar hati untuk bekerjasama dengan Deftech dan meletakkan landasan untuk pelbagai usaha sama pada pelbagai kelas kenderaan termasuk kenderaan berperisai untuk faedah dan pertumbuhan ATM.

“Menubuhkan bengkel MRO di Malaysia ini adalah satu langkah penting ke arah ini. Dengan adanya pusat MRO di Malaysia, ia membolehkan IDV menjaga secara terus kenderaan yang sedang dalam perkhidmatan di Malaysia dan kenderaan serta platform tambahan yang berpotensi akan diperoleh oleh ATM pada masa hadapan,” katanya.

Turut hadir menyaksikan acara itu adalah Duta Besar Itali ke Malaysia, Massimo Rustico; Timbalan Setiausaha Agung Itali bagi pertahanan, Naib Laksamana, Dario Giacomin, dan Kapten Cesare Petruzziello Atase.

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: RMS lancar Siri Emas Edisi Khas sempena 100 tahun gerakan koperasi
Next: PNB umum dividen 4.3 sen

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood
  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi

RSS RSS Feed

  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi
  • 5 Faktor Yang Jadikan “Pewaris Susuk” Antara Filem Paling Diperkatakan

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

PIX 4
  • Community
  • Health & Awareness
  • Lifestyle
  • Sunway Medical Centre
  • Women Health

Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood

Farihin Azlan May 7, 2026
  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.