Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Dagangan ringgit cenderung meningkat minggu depan
  • ACTIVITY

Dagangan ringgit cenderung meningkat minggu depan

Helmi Aziz March 26, 2022 2 minutes read
1640496.png

RINGGIT dijangka diniagakan dalam kecenderungan meningkat antara RM4.19 dan RM4.20 minggu depan di tengah-tengah selera risiko yang lebih baik serta prospek dan data ekonomi domestik yang positif, kata penganalisis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ringgit telah meraih sedikit kekuatan pada Jumaat meskipun ketidaktentuan terhadap konflik di Ukraine berikutan data ekonomi domestik menyatakan kadar inflasi adalah masih terkawal.

Indeks harga pengguna bagi Februari meningkat pada kadar yang lebih perlahan sebanyak 2.2 peratus berbanding 2.3 peratus pada bulan sebelumnya, selain lebih rendah berbanding anggaran konsensus sebanyak 2.4 peratus.

Dalam perkembangan lain, aliran masuk bersih asing di ruang pasaran ekuiti adalah agak menggalakkan dengan jumlah belian bersih melebihi RM6 bilion sejak awal tahun sehingga kini, berbanding jualan bersih RM3.1 bilion untuk sepanjang 2021.

“Ini bererti, ringgit akan disokong dengan baik jika aliran sedemikian kekal berterusan pada sepanjang tahun.

“Pembukaan semula ekonomi yang seterusnya akan turut diterjemahkan kepada aktiviti perniagaan yang lebih dinamik dan, oleh itu, pendapatan syarikat. Ini boleh menggalakkan dana asing untuk menjadi lebih konstruktif di bursa kita dengan penilaian yang menarik,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, dari sudut teknikal, ringgit berbanding dolar AS telah berada dalam kelompok terlebih jualan, menandakan ringgit dijangka meningkat dalam masa terdekat, katanya.

“Dengan paras rintangan dan paras sokongan semasa masing-masing dikesan pada RM4.2104 dan RM4.1870, minggu depan, kita akan berupaya meraih sedikit kenaikan pada sekitar RM4.19 hingga RM4.20,” katanya.

Berasaskan mingguan, ringgit lebih rendah berbanding dolar AS kepada 4.2080/2110 daripada 4.1930/1975 pada minggu sebelumnya.

Mata wang tempatan itu diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain berasaskan perbandingan Jumaat ke Jumaat.

Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.4608/4633 daripada 3.5259/5300 dan menokok berbanding euro kepada 4.6305/6338 daripada 4.6370/6420.

Unit tempatan itu susut berbanding pound Britain kepada 5.5394/5434 daripada 5.5100/5159 dan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1021/1045 daripada 3.0924/0960 pada minggu terdahulu. – Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Lebih 10 lagi cawangan Mr DOLLAR dibuka tahun ini
Next: Unjuran KDNK 2022 boleh dicapai susulan pembukaan semula sempadan

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood
  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi

RSS RSS Feed

  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi
  • 5 Faktor Yang Jadikan “Pewaris Susuk” Antara Filem Paling Diperkatakan

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

PIX 4
  • Community
  • Health & Awareness
  • Lifestyle
  • Sunway Medical Centre
  • Women Health

Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood

Farihin Azlan May 7, 2026
  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.