Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Dagangan Malaysia capai nilai tertinggi RM236.6 bilion pada Mac
  • ACTIVITY

Dagangan Malaysia capai nilai tertinggi RM236.6 bilion pada Mac

Helmi Aziz April 18, 2022 3 minutes read
1666882.jpg

JUMLAH dagangan Malaysia merekodkan pertumbuhan dua angka 27.3 peratus tahun ke tahun pada Mac 2022 untuk mencapai nilai tertinggi baharu RM236.6 bilion, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Nilai eksport dan import pada Mac sekali lagi memecahkan rekod tertinggi baharu, masing-masing pada RM131.6 bilion dan RM104.9 bilion.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, import Malaysia melepasi paras RM100 bilion buat kali pertama, sejajar dengan lonjakan bagi barangan perantaraan, menandakan aktiviti ekonomi domestik yang lebih baik.

Beliau berkata, lebihan dagangan meningkat 10.3 peratus daripada RM24.2 bilion pada tahun sebelumnya kepada RM26.7 bilion, sekali gus menjadi lebihan dagangan untuk bulan ke-23 berturut-turut sejak Mei 2020.

“Eksport Malaysia meningkat 25.4 peratus daripada RM105.0 bilion kepada RM131.6 bilion, melepasi paras RM100 bilion untuk bulan ketujuh berturut-turut sejak September 2021.

“Pertumbuhan eksport pada Mac 2022 disokong oleh kedua-dua eksport domestik dan eksport semula. Eksport domestik bernilai RM106.9 bilion, menyumbang 81.2 peratus kepada jumlah eksport, meningkat kukuh 22.8 peratus tahun ke tahun,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Sementara itu, beliau berkata eksport semula berjumlah RM24.7 bilion berkembang 38.0 peratus berbanding Mac 2021.

Mohd Uzir berkata, seiring dengan prestasi eksport, import juga mencatatkan pertumbuhan kukuh 29.9 peratus daripada RM80.8 bilion kepada RM104.9 bilion.

“Berbanding Februari 2022, prestasi jumlah dagangan, eksport, import dan lebihan dagangan menunjukkan peningkatan masing-masing iaitu 28.1 peratus, 28.7 peratus, 27.3 peratus dan 34.8 peratus.

“Pertumbuhan tahunan yang sangat ketara dalam eksport digambarkan melalui 166 daripada 255 kumpulan barangan, menunjukkan peningkatan berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya, dipacu oleh injap dan tiub termionik. Bagi import, 186 daripada 259 kumpulan merekodkan pertumbuhan positif,” katanya.

Mohd Uzir berkata, peningkatan eksport disumbangkan terutamanya oleh eksport yang lebih tinggi ke Singapura (+RM5.1 bilion), diikuti Jepun (+RM2.1 bilion), Korea (+RM1.8 bilion), Kesatuan Eropah (+RM1.8 bilion), China (+RM1.7 bilion), Taiwan (+RM1.4 bilion), Thailand (+RM1.4 bilion), Indonesia (+RM1.4 bilion) dan Amerika Syarikat (AS) (+RM1.3 bilion).

Sementara itu, China kembali menjadi penyumbang utama kepada peningkatan import, meningkat RM3.4 bilion, diikuti Arab Saudi (+RM2.9 bilion), Taiwan (+RM2.8 bilion), Indonesia (+RM2.5 bilion), Singapura (+RM2.3 bilion), AS (+RM1.4 bilion) dan Thailand (+RM1.2 bilion).

Mohd Uzir berkata, peningkatan eksport itu didorong oleh barangan elektrik dan elektronik (+RM13.0 bilion); keluaran petroleum (+RM4.6 bilion); minyak kelapa sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak kelapa sawit (+RM3.1 bilion); gas asli cecair (+RM2.5 bilion); petroleum mentah (+RM1.6 bilion) dan barangan perkilangan berasaskan minyak kelapa sawit (+RM1.1 bilion).

Sementara itu, kenaikan import dicatatkan bagi barangan elektrik dan elektronik (+RM7.1 bilion); petroleum mentah (+RM6.1 bilion); keluaran petroleum (+RM3.0 bilion); kimia dan bahan kimia (+RM2.2 bilion); jentera, kelengkapan dan peralatan (+RM1.6 bilion); biji logam dan serpihan logam (+RM1.2 bilion) dan arang batu (+RM1.2 bilion).

Menurut DOSM, bagi prestasi suku pertama 2022, jumlah dagangan, eksport, import dan lebihan dagangan kekal kukuh dengan pertumbuhan dua angka.

Jumlah dagangan meningkat 23.6 peratus, disokong oleh perkembangan eksport (+22.2 peratus) serta import (+25.2 peratus).

Pada masa yang sama, lebihan dagangan mencatatkan nilai yang lebih tinggi pada RM65.1 bilion. – Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: RAYA ‘ALL OUT’
Next: Mydin Tunjong lokasi utama World #QuranHour di Kelantan

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.