Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Cyberjaya bakal diberi nafas baharu menerusi kepakaran, teknologi dibangunkan warga Malaysia di China
  • ACTIVITY

Cyberjaya bakal diberi nafas baharu menerusi kepakaran, teknologi dibangunkan warga Malaysia di China

Helmi Aziz February 3, 2019 2 minutes read
168884.jpg

Victory Bench Hyperledger, sebuah syarikat dari China yang dibangunkan anak tempatan merancang memberi nafas baharu kepada Cyberjaya seiring perkembangan teknologi semasa untuk menjadikan bandar itu sebuah bandar maju dan pintar.

Pengasasnya, Muhammad Alif Iskandar Abdullah berkata, Cyberjaya dipilih kerana ia dikenali sebagai bandar teknologi maklumat yang mempunyai kemudahan infrastruktur asas seperti jaringan, perisian dan perkakasan dan storan yang perlu ditingkatkan selain memfokuskan digitalisasi dalam setiap aspek kehidupan.

Menurutnya, nilai pelaburan membangunkan projek itu kira-kira AS$50 juta sehingga AS$100 juta (AS$1= RM4.1360) dan bersedia untuk bekerjasama dengan syarikat tempatan yang mempunyai tujuan sama membangunkan projek tersebut.

“Cyberjaya dahulu sangat dikenali dan menjadi tumpuan syarikat luar yang membangunkan teknologi. Kini ia dilihat sebagai satu pembangunan biasa dan tiada aplikasi teknologi terkini. Justeru, kita bantu bangunkan bandar ini sekali gus meningkatkan ekonomi Malaysia,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan sesi penerangan mengenai Victory Bench Hyperledger Blockchain di Putrajaya.

Tambahnya, Victory Bench Hyperledger optimis rancangan tersebut diterima Kerajaan Malaysia memandangkan kerajaan turut merancang membangunkan Cyberjaya dan Multimedia Super Corridor (MSC) pada masa akan datang.

“Kami jangka ia akan dilaksanakan pada suku ketiga tahun ini dan siap sepenuhnya pada 2020. Kami akan melakukan transformasi teknologi, iaitu menyediakan kepakaran dan teknologi yang dimiliki syarikat untuk membangunkan Cyberjaya yang mana teknologi itu telah digunakan bagi memajukan beberapa kawasan di China sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata, untuk merealisasikan perancangan tersebut, ia perlu disokong penggunaan 5G sekali gus memberi peluang kepada masyarakat mengakses pengetahuan dan teknologi baharu.

Diminta mengulas mengenai pemilihan Cyberjaya, Muhammad Alif berkata, kerana ia merupakan kawasan strategik dan Malaysia adalah negara pertama yang akan mendapat manfaat kepakaran dan teknologi syarikat itu memandangkan syarikat itu telah beroperasi selama 13 tahun di China.

“Saya akan membangunkan beberapa teknologi di Malaysia untuk menjadikan Malaysia sebagai Smart and Safe City Solution International Hub, Artificial Intelligent (AI) Technology Research and Development International Hub, Finance Technology International Hub dan One Stop Solution International Hi-Tech Hub,” katanya.

Muhammad Alif mengalu-alukankan penyertaan syarikat Malaysia terutamanya dalam kalangan Bumiputera.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Fakulti hadis, aku datang
Next: Bekas Dekan Kuipsas dinobat Tokoh Maal Hijrah Pahang 2018

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.