Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Bursa Malaysia terus kekalkan prestasi positif
  • ACTIVITY

Bursa Malaysia terus kekalkan prestasi positif

Helmi Aziz September 2, 2022 2 minutes read
1887798.jpg

BURSA Malaysia dibuka 0.15 peratus lebih tinggi hari ini, dirangsang oleh sentimen yang bertambah baik, menyaksikan indeks penanda aras itu kembali melepasi paras 1,500, kata seorang peniaga.

Pada jam 9.15 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat sebanyak 2.29 mata untuk mencapai paras 1,497.78 daripada penutupan urus niaga Khamis 1,495.49.

Indeks utama itu memulakan dagangan pagi ini 0.89 mata lebih kukuh pada 1,496.38.

Bagi pergerakan harga di pasaran secara meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi 190 berbalas 188, manakala 250 kaunter tidak berubah, 1,731 tidak diniagakan dan 35 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 273.54 juta unit bernilai RM163.66 juta.

Menurut Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade, Thong Pak Leng, sentimen kenaikan harga pada sesi pembukaan hari ini disokong lagi oleh beberapa laporan pendapatan positif semalam, justeru, indeks komposit dijangka bergerak dalam julat 1,500-1,515.

“Minat belian akan tertumpu kepada saham berkaitan perbankan dan teknologi hari ini,” katanya kepada Bernama.

Beliau menambah Wall Street ditutup pada paras tertinggi seharian semalaman, menjelang ucapan Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat Jerome Powell di Jackson Hole lewat hari ini.

Purata DJI memperoleh 322 mata manakala Nasdaq melonjak sebanyak 208 mata apabila hasil 10 tahun AS susut sedikit kepada 3.03 peratus.

Sementara itu, saham wajaran tinggi Bursa — Public Bank menambah satu sen pada RM4.62, Petronas Chemicals meningkat lima sen menjadi RM8.70, Maybank tidak berubah pada RM8.84 dan CIMB susut dua sen pada RM5.38.

Bagi saham aktif, Serba Dinamik menokok setengah sen menjadi empat sen, Coraza Integrated Technology meningkat satu sen kepada 85.5 sen, MQ Technology tidak berubah pada empat sen dan Jaks Resources turun tiga sen menjadi 29.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas lebih tinggi sebanyak 10.15 mata menjadi 10,635.98, Indeks FBMT 100 menokok 13.19 mata kepada 10,379.20 manakala FBM 70 memperoleh 5.39 mata kepada 12,741.61.

Indeks FBM ACE turut meningkat 19.04 mata kepada 5,009.91 dan Indeks FBM Emas Syariah melonjak 19.03 mata kepada 10,775.87.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan meraih 18.87 mata untuk mencatatkan paras 6,972.50, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.42 mata kepada 183.47 tetapi Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 2.14 mata menjadi 16,646.49 manakala Indeks Tenaga turun 8.17 mata kepada 724.68. – Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Kempen Speak Out inisiatif ‘tegur’ perokok
Next: Software sering rosak? Mungkin boleh cuba cara ini

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.