Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Bursa Malaysia rendah pada tengah hari
  • ACTIVITY

Bursa Malaysia rendah pada tengah hari

Helmi Aziz September 1, 2022 2 minutes read
1895297.jpg

BURSA Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi dagangan pagi Khamis menjejaki prestasi ekuiti global yang suram dalam persekitaran kebimbangan yang berpanjangan mengenai kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS), kata peniaga.

Pada jam 12.30 tengah hari, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 12.65 mata kepada 1,499.40 daripada 1,512.05 pada Selasa.

Bursa Malaysia dan anak syarikatnya ditutup semalam sempena cuti umum Hari Kemerdekaan.

Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 14.04 mata kepada 1,498.01, seterusnya bergerak antara 1,490.71 dan 1,503.49 sepanjang sesi dagangan.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 580 berbanding 216 manakala 354 kaunter tidak berubah, 1,138 tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.41 bilion unit bernilai RM986.45 juta.

Peniaga ActivTrades, Anderson Alves berkata,ekuiti Asia lemah pada Khamis berikutan sesi dagangan pada akhir bulan negatif di Wall Street, dengan kebanyakan sektor ditutup rendah.

“Peniaga akan memantau Indeks Pengurus Pembelian (PMI) serantau dan PMI Pembuatan Caixin China selepas data PMI rasmi yang lebih baik daripada jangkaan semalam.

“Mereka turut memantau yuan China berikutan ia diniagakan lebih kukuh berbanding dolar AS. Penetapan mata wang oleh People’s Bank of China yang lebih kukuh daripada jangkaan turut membantu mengimbangi kebimbangan mengenai geopolitik,” katanya.

Beliau berkata, peristiwa makro utama untuk pasaran global ialah data senarai gaji bukan ladang AS yang akan dikeluarkan esok, dengan pelabur menunggu untuk mengukur sejauh mana agresif dasar monetari Fed menjelang akhir tahun.

Di peringkat serantau, Nikkei 225 Jepun merosot 1.71 peratus kepada 27,612.14, Indeks Hang Seng Hong Kong berkurangan 1.52 peratus kepada 19,650.77, Indeks Straits Times Singapura susut 0.01 peratus kepada 3,221.34 dan Kospi Korea Selatan turun 1.92 peratus kepada 2,425.52.

Dalam negara, saham wajaran tinggi Maybank susut tiga sen kepada RM8.94, Public Bank merosot lima sen kepada RM4.66 dan Petronas Chemicals berkurangan empat sen kepada RM8.76 manakala CIMB meningkat 14 sen kepada RM5.51 dan IHH Healthcare naik tiga sen kepada RM6.23.

Daripada saham aktif, Jade Marvel Group merosot 18 sen kepada 32.5 sen, Dagang Nexchange berkurangan 2.5 sen kepada 83.5 sen manakala Serba Dinamik, MNC Wireless dan Vortex, masing-masing tidak berubah pada tiga sen, satu sen dan 18 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan 88.02 mata kepada 10,609.63, Indeks FBMT 100 merosot 85.86 mata kepada 10,363.57, FBM 70 susut 98.07 mata kepada 12,614.37, FBM ACE turun 92.88 mata kepada 4,817.56 dan Indeks FBM Emas Shariah jatuh 137.78 mata kepada 10,675.68.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan merosot 130.17 mata kepada 7,063.50, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan berkurangan 1.33 mata kepada 180.87, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 8.28 mata kepada 16,793.64 dan Indeks Tenaga turun 13.26 mata kepada 715.28. – Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Pastikan ubat selamat dan berkesan
Next: SINAR tampil dengan personaliti baharu di ‘Pagi Di SINAR’, ‘Duo SINAR’ dan ‘R&R SINAR’ 

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.