Bursa Malaysia meningkat, ditutup lebih tinggi hari ini

Bursa Malaysia meningkat, ditutup lebih tinggi hari ini

BURSA Malaysia meningkat dan ditutup lebih tinggi hari ini, sejajar dengan pemulihan merentas pasaran serantau dan Wall Street semalaman berikutan kebimbangan terhadap krisis perbankan global yang mereda, menurut seorang penganalisis.

Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 20.13 mata atau 1.45 peratus kepada 1,411.73 daripada 1,391.60 sewaktu ditutup pada Khamis.

Saham pandu pasaran dibuka meningkat 5.68 mata kepada 1,397.28 dan bergerak antara 1,397.23 dan 1,416.92 sepanjang sesi.

Sentimen pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 711 berbanding 244 manakala 349 kaunter tidak berubah, 961 tidak diniagakan dan 27 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 4.43 bilion unit bernilai RM4.09 bilion.

Penganalisis kanan Malacca Securities Sdn Bhd, Kenneth Leong berkata, FBM KLCI mencatat kenaikan kukuh hari ini, mengambil isyarat daripada peningkatan di Wall Street selepas bank-bank utama Amerika Syarikat (AS) berikrar menyuntik mudah tunai berjumlah US$30 bilion untuk menyelamatkan First Republic Bank.

“Sementara itu, RAM Ratings memberi jaminan bahawa penarafan bank-bank Malaysia kekal teguh berikutan pendedahan sistem perbankan domestik terhadap sekuriti bon masih rendah iaitu kurang daripada 25 peratus berbanding Silicon Valley Bank iaitu lebih 50 peratus pendedahan terhadap bon sekuriti,” katanya kepada Bernama.

Senada dengan Leong, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata, laporan bank-bank utama AS bekerjasama untuk menyelamatkan First Republic Bank telah menndorong keyakinan terhadap sistem perbankan AS.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah 12 sen kepada RM8.38, Public Bank meningkat empat sen kepada RM3.97 dan Petronas Chemicals menokok 24 sen kepada RM7.23.

CIMB meningkat tujuh sen kepada RM5.22 dan TNB naik 20 sen kepada RM9.55.

Bagi saham aktif, Top Glove Corporation menokok lapan sen kepada 91.5 sen, Capital A meningkat 5.5 sen kepada 83 sen, dan Zen Tech International naik satu sen kepada tiga sen.

Minda Global meningkat tiga sen kepada 14.5 sen dan SMRT Holdings turun 5.5 sen kepada 51 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 155.23 mata kepada 10,336.40, Indeks FBM 70 meningkat 234.12 mata kepada 13,365.65, Indeks FBMT 100 melonjak 150.74 mata kepada 10,028.88, Indeks FBM Emas Shariah naik 185.97 mata kepada 10,667.24, dan Indeks FBM ACE meraih 58.17 mata kepada 5,248.94.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 185.82 mata kepada 15,539.71, Indeks Tenaga meningkat 9.49 mata kepada 822.86, Indeks Perladangan naik 190.94 mata kepada 6,872.32, dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 2.37 mata kepada 170.05.

Jumlah dagangan Pasaran Utama menambah kepada 2.90 bilion saham bernilai RM3.69 bilion daripada 2.15 bilion saham bernilai RM1.85 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan waran merosot kepada 499.27 juta unit bernilai RM77.84 juta daripada 511.37 juta unit bernilai RM76.38 juta sebelum ini.

Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 1.03 juta saham bernilai RM320.82 juta daripada 865.90 juta saham bernilai RM292.68 juta semalam.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang sebanyak 749.29 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama manakala produk dan perkhidmatan perindustrian (451.70 juta); pembinaan (46.11 juta); teknologi (265.31 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (118.49 juta); hartanah (105.56 juta); perladangan (50.11 juta); REIT (11.93 juta), dana tertutup (16,100); tenaga (244.63 juta); penjagaan kesihatan (636.58 juta); telekomunikasi dan media (94.22 juta); pengangkutan dan logistik (81.24 juta) serta utiliti (40.50 juta). – Bernama

Sumber