Menurut Bursa Malaysia, jualan singkat di bawah IDSS akan hanya diaktifkan pada hari dagangan berikutnya iaitu jam 8.30 pagi hari ini. – Gambar hiasan
BURSA Malaysia bertindak menggantung jualan singkat saham-saham Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB), Jentayu Sustainable Bhd (JSB) dan APB Resource Bhd bagi urus niaga jualan singkat harian (IDSS) seterusnya pada Rabu.
Penggantungan itu dilakukan selepas harga akhir saham ketiga-tiga syarikat berkenaan jatuh melebihi 15 peratus atau 15 sen daripada harga rujukan.
Tindakan itu juga menyusuli penggantungan IDSS bagi SCIB yang dilakukan pada Selasa.
“Jualan singkat di bawah IDSS itu akan hanya diaktifkan pada hari dagangan berikutnya iaitu jam 8.30 pagi pada 18 Jan, 2023,” kata Bursa Malaysia dalam satu kenyataan pada Rabu.