Gambar hiasan. Foto Bernama BURSA Malaysia ditutup tinggi bagi hari kedua berturut-turut hari ini disokong oleh aktiviti membeli saham berharga rendah dalam saham wajaran tinggi dan permodalan kecil terpilih. Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.82 mata kepada 1,491.19 daripada paras penutup 1,486.37 pada Jumaat minggu lepas. Indeks petunjuk pasaran itu yang dibuka tinggi naik 0.98 mata kepada 1,487.35, bergerak antara jajaran 1,485.51 dan 1,493.98 sepanjang sesi dagangan. Aktiviti belian dalam saham wajaran tinggi diterajui YTL Power, yang melonjak 19 sen atau 5.26 peratus kepada RM3.80, diikuti Axiata yang naik 14 sen atau 5.51 peratus kepada RM2.68, manakala YTL Corporation meningkat 11 sen atau 5.05 peratus kepada RM2.29. Baca artikel penuh Sumber Post navigation Industri pelabuhan mahu tarik lebih ramai penyertaan wanita Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
BURSA Malaysia ditutup tinggi bagi hari kedua berturut-turut hari ini disokong oleh aktiviti membeli saham berharga rendah dalam saham wajaran tinggi dan permodalan kecil terpilih. Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.82 mata kepada 1,491.19 daripada paras penutup 1,486.37 pada Jumaat minggu lepas. Indeks petunjuk pasaran itu yang dibuka tinggi naik 0.98 mata kepada 1,487.35, bergerak antara jajaran 1,485.51 dan 1,493.98 sepanjang sesi dagangan. Aktiviti belian dalam saham wajaran tinggi diterajui YTL Power, yang melonjak 19 sen atau 5.26 peratus kepada RM3.80, diikuti Axiata yang naik 14 sen atau 5.51 peratus kepada RM2.68, manakala YTL Corporation meningkat 11 sen atau 5.05 peratus kepada RM2.29. Baca artikel penuh