Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Bursa Malaysia dibuka tinggi, lepasi paras 1,600
  • ACTIVITY

Bursa Malaysia dibuka tinggi, lepasi paras 1,600

Helmi Aziz February 16, 2022 2 minutes read
1499233.jpg

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu apabila meningkat di atas paras 1,600 mata, didorong oleh sentimen yang bertambah baik dan kekukuhan sokongan belian bersih daripada dana asing sejak beberapa sesi dagangan lepas, kata peniaga.

Pada jam 9.15 pagi, penanda aras, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 2.19 mata kepada 1,601.80 daripada 1,599.61 ketika ditutup pada Selasa.

Indeks utama itu dibuka 7.04 mata lebih tinggi kepada 1,606.65.

Lingkungan pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 295 berbanding 180, manakala 255 kaunter tidak berubah, 1,498 kaunter tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 320.14 juta unit bernilai RM222.05 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, suasana positif dalam bursa tempatan boleh berterusan memandangkan situasi prestasi asas indeks utama masih baik secara amnya.

“Kami berpandangan sektor perladangan mungkin mengalami sedikit pengambilan untung selepas menikmati pergerakan yang baik sejak akhir-akhir ini.

“Sektor perkhidmatan kewangan pula nampaknya semakin mempunyai daya tarikan memandangkan aktiviti ekonomi beransur-ansur kembali ke tahap sebelum pandemik melanda,” jelasnya dalam nota penyelidikan.

Dalam pada itu, firma pembrokeran itu menjangkakan minat belian serentak dalam sektor lain oleh pelabur terarah kepada saham berharga rendah memandangkan peniaga akan memanfaatkan kecairan dagangan yang bertambah baik,

Saham wajaran tinggi Press Metal meningkat 10 sen kepada RM6.94, Petronas Gas naik 32 sen kepada RM17.58, IHH Healthcare menokok enam sen kepada RM6.62 dan Maybank menambah empat sen kepada RM8.66.

Bagi saham aktif, SMTrack naik satu sen kepada 22 sen, Dagang NeXchange meningkat lima sen kepada RM1.18, Hibiscus Petroleum kekal tidak berubah pada RM1.14, manakala Eastland Equity susut 1.5 sen kepada tujuh sen.

Di papan indeks, FBM ACE susut 6.97 mata kepada 6,278.48, FBM 70 meningkat 59.59 mata kepada 13,754.95, Indeks FBM Emas menokok 22.14 mata kepada 11,433.43, Indeks FBMT 100 naik 22.44 mata kepada 11,120.19 manakala Indeks FBM Emas Syariah menambah 24.49 mata kepada 12,170.13.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 47.51 mata kepada 16,500.94, Indeks Barangan dan Perkhidmatan Perindustrian naik 1.28 mata kepada 213.09 manakala Indeks Perladangan merosot 101.37 mata kepada 7,555.05. – Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: MR D.I.Y lancar jualan kit ujian kendiri
Next: AEON laksana kenaikan gaji minimum RM1,500 bermula Januari lalu

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.