Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Bursa Malaysia dibuka tinggi dua hari berturut-turut
  • ACTIVITY

Bursa Malaysia dibuka tinggi dua hari berturut-turut

Helmi Aziz March 19, 2019 2 minutes read
230127.jpg

BURSA Malaysia dibuka tinggi bagi hari kedua berturut-turut hari ini, seiring kenaikan semalaman di Wall Street yang terus mendorong sentimen dan minat risiko pelabur.

Pada jam 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.79 mata kepada 1,691.73 daripada 1,690.94 ketika ditutup pada Isnin.

Indeks itu dibuka 1.54 mata lebih kukuh pada 1,692.48.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 114 berbanding 91, manakala 187 kaunter kekal tidak berubah, 1,496 kaunter tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 102.69 juta saham bernilai RM42.84 juta.

Dalam nota hari ini, Public Investment Bank Bhd berkata pelabur akan menunggu hasil mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) minggu ini untuk mendapatkan petunjuk baharu terhadap dasar monetari negara maju itu.

“Fed dijangka mengawal jangkaan bagi kenaikan kadar faedah tahun ini semasa mesyuarat dua hari bermula pada Selasa, manakala tumpuan akan terarah kepada sebarang rancangan bagi mengurangkan lembaran imbangannya dan jangkaan ekonomi oleh bank-bank pusat,” menurutnya.

Dari sudut teknikal, Maybank Investment Bank Research (Maybank IB) menjangkakan FBM KLCI berada dalam jajaran antara 1,670 dan 1,700 mata hari ini, dengan sokongan pada aliran rendah di paras 1,658 dan 1,645.

“Berdasarkan sifat pembelian secara bergilir-gilir, pasaran tempatan mungkin akan matang bagi pengambilan untung dalam tempoh terdekat,” menurut Maybank IB.

Pelabur juga dijangka memantau perkembangan forum Pasaran Modal, Invest Malaysia kali ke-15 mulai hari ini, bagi mendapatkan petunjuk pelaburan seterusnya.

Antara saham berwajaran tinggi, Maybank dan CIMB masing-masing menambah satu sen kepada RM9.50 dan RM5.49, Petronas Chemicals naik enam sen kepada RM9.31 manakala Public Bank, Tenaga dan IHH masing-masing tidak berubah pada RM24.48, RM13.06 dan RM5.85.

Bagi saham aktif, Metronic Global menokok 1.5 sen kepada sembilan sen, MSCM dan PUC masing-masing naik setengah sen kepada 26.5 sen dan 11 sen, manakala Dayang kurang empat sen kepada RM1.58 dan Sino Hua-An turun setengah sen kepada 25.5 sen.

Carlsberg muncul sebagai saham paling untung selepas melonjak 32 sen kepada RM25.68 manakala Petronas Dagangan adalah saham paling rugi berikutan turun 20 sen kepada RM24.90.

Indeks FBM Emas naik 3.84 mata kepada 11,820.59, FBMT 100 meningkat 3.39 mata kepada 11,666.73, Indeks FBM Emas Syariah mengukuh 5.10 mata kepada 11,848.97 dan Indeks FBM Ace menokok 2.54 mata kepada 4,904.32.

Bagaimanapun, FBM 70 turun 4.30 mata kepada 14,233.17.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 14.35 mata kepada 17,514.35, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.58 mata kepada 171.47 manakala Indeks Perladangan tidak berubah pada 7,285.63.- Bernama



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Gerai Buah-Buahan Segar FAMA catat jualan RM123.8 juta
Next: Benarkah suami menanggung dosa isteri?

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.