Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Bursa Malaysia dibuka rendah tetapi meningkat semula kemudiannya
  • ACTIVITY

Bursa Malaysia dibuka rendah tetapi meningkat semula kemudiannya

Helmi Aziz February 10, 2022 2 minutes read
1492335.jpg

BURSA Malaysia dibuka rendah tetapi kemudiannya meningkat semula berikutan aktiviti belian saham pada harga rendah bermula pagi Khamis dalam persekitaran sentimen yang lebih baik, kata peniaga.

Pada jam 9.15 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 5.56 mata kepada 1,557.07 daripada 1,551.51 pada Rabu selepas dibuka rendah 1.09 mata kepada 1,550.42.

Suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 284 berbanding 125 manakala 237 kaunter tidak berubah, 1,572 tidak diniagakan dan 24 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 258.99 juta unit bernilai RM159.02 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata, bursa tempatan dijangka cuba membina kenaikan pada Rabu, memanfaatkan langkah pemulihan yang disokong oleh data mengenai jualan runcit yang kukuh pada Disember 2021.

“Kami berpendapat saham berharga rendah akan menyaksikan lanjutan belian secara bergilir-gilir berikutan sentimen pasaran yang positif,” katanya dalam nota penyelidikan.

Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan bahawa jualan perdagangan borong dan runcit Malaysia mencatatkan nilai jualan bulanan tertinggi berjumlah RM120.5 bilion pada Disember, dengan jualan tahunan mencecah RM1.3 trilion pada 2021 dengan pertumbuhan sebanyak empat peratus.

Sementara itu, saham wajaran tinggi Maybank naik dua sen kepada RM8.52, Maxis menambah sembilan sen kepada RM4.42, Petronas Chemicals meningkat satu sen kepada RM9.09, KL Kepong naik 56 sen kepada RM22.62 manakala Public Bank merosot satu sen kepada RM4.29.

Bagi saham aktif, MMAG naik setengah sen kepada 8.5 sen, Sedania meningkat satu sen kepada 51.5 sen dan SMTrack tidak berubah pada 18.5 sen.

Di papan indeks, FBM ACE meningkat 63.87 mata kepada 6,371.58, FBM 70 naik 54.05 mata kepada 13,759.04, Indeks FBM Emas menambah 40.19 mata kepada 11,198.27, Indeks FBMT 100 naik 39.73 mata kepada 10,878.51 dan Indeks FBM Emas Shariah meningkat 56.05 mata kepada 11,904.36.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 32.86 mata kepada 16,145.59, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat satu mata kepada 208.84 dan Indeks Perladangan melonjak 92.86 mata kepada 6,776.44. – Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Tiga skim baharu bantu usahawan Selangor
Next: Pembukaan semula sempadan beri manfaat kepada MAHB: CGS-CIMB

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.