Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Bantu pelanggan atur harta pusaka
  • ACTIVITY

Bantu pelanggan atur harta pusaka

Helmi Aziz February 3, 2019 2 minutes read
168882.jpg

ZURICH Malaysia dan Bereev membentuk kerjasama menerusi platform perancangan legasi dalam talian bagi membantu pelanggannya terhadap perancangan warisan dalam cara yang mudah.

Aplikasi berasaskan web yang unik ini membolehkan pengguna merancang dan menyimpan maklumat penting mengenai pelbagai aspek perancangan harta termasuk kehendak untuk polisi insurans, harta benda, pinjaman terkumpul dan hasrat peribadi yang akan dilaksanakan selepas kematian di dalam satu saluran selamat.

Inisiatif terkini ini adalah sebahagian usaha berterusan Zurich untuk menyediakan produk, perkhidmatan dan penjagaan pelanggan yang inovatif sepanjang hayat mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Zurich Life Insurance Malaysia Berhad, Stephen Clark, berkata, pihaknya sentiasa mencari idea inovatif yang akan membantu pelanggan merancang dan menjamin masa depan mereka dengan lebih baik.

“Oleh kerana keperluan pelanggan kami berkembang, begitu juga produk dan perkhidmatan, kami memilih untuk bekerjasama dengan Bereev kerana ia menyediakan pengguna dengan alat yang mudah diakses bagi mengatur harta pusaka dan kehendak mereka jika mereka meninggal dunia,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bereev, Izumi Inoue berkata, platform perancangan legasi dalam talian pada masa ini telah menarik minat ramai pengguna swasta serta pelanggan korporat.

“Melalui perkongsian ini, saya yakin Bereev akan dapat membantu lebih banyak keluarga di seluruh Malaysia untuk menavigasi dan mengatasi kehilangan orang yang disayangi,” katanya.

Izumi Inoue menambah, Bereev telah dilancarkan pada awal tahun lalu.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Konsep terbuka JBIX dapat maklum balas positif peserta korporat
Next: Enggan bebankan pelanggan, Pak John Steambot & BBQ serap Cukai SST

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.